Sunday, 8 July 2012

Pakatan mencuba gagalkan rancangan BN!!!



Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat supaya generasi berikutnya terus mendapat nikmat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


Beliau berkata tujuan kerajaan BN untuk kekalkan kuasa adalah bagi meneruskan usaha memajukan negara agar rakyat hidup berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  
Ini, katanya adalah perbezaan ketara antara kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang hanya menghalang pimpinan BN berbuat baik dalam membawa kebaikan.
  
"Tiap-tiap kali kerajaan BN cuba melakukan sesuatu yang baik dengan niat ikhlas untuk kebajikan masyarakat, ada juga yang datang dari segi politik untuk menghalang pelaksanaan program atau projek yang dilakukan oleh kita," katanya.



      
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan program kesejahteraan rakyat dan program pembelajaran sepanjang hayat 2012 di Telok Ayer Tawar di sini hari ini.

Nor Mohamed berkata kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam membawa kemajuan kepada semua etnik dan bangsa.
  
Beliau berkata usaha pakatan pembangkang untuk menggagalkan rancangan kerajaan BN tidak akan berlaku kerana apa yang dirancang dan dilakukan itu adalah dengan niat yang baik dan ikhlas.
  
"Penyenaraian FGV adalah contoh yang terbaik menunjukkan kerajaan pusat melakukannya dengan niat yang baik dalam membawa kebaikan untuk kelompok peneroka Felda dan negara," kata Nor Mohamed.
  
Katanya penyenaraian itu adalah usaha yang baik dalam meningkatkan lagi kecairan dan halatuju perdagangan pasaran, mencergaskan pasaran modal negara serta memberi keyakinan kepada pelabur.

sumber: SINAR HARIAN

Saturday, 7 July 2012

PASANGAN HEBAT!!! ASPIRASI CANGGIH!!!



Semakin hari semakin teserlah peranan yang dimainkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu suaminya iaitu Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Benarlah orang kata, jika tidak kerana Isteri untuk membantu maka siapa pula yang akan berusaha lebih jitu dalam memastikan si suami memperolehi kejayaan.

Semalam satu lagi intipati penting dalam kehidupan Najib Razak apabila isteri beliau Rosmah Mansor berjaya menghimpunkan para belia yang terdiri daripada lapisan golongan Agama, Bangsa dari serata Malaysia dibawah naungan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

 http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=bpbOyUEnBdU

Satu peranan yang cukup besar dimainkan oleh Rosmah Mansor bagi memastikan usaha suami beliau iaitu Najib Razak yang sentiasa berusaha gigih selama ini dapat sekali lagi dibantu melalui peranan yang dimainkan oleh Rosmah Mansor.

Mungkin pembangkang akan mengutuk ataupun menyerang Rosmah Mansor sepertimana sebelum ini yang menyatakan Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri Malaysia namun para belia yang hadir semalam dalam satu program yang bijaksana melihat sendiri peranan besar yang dimainkan oleh Rosmah Mansor dalam membantu suami beliau Perdana Menteri Malaysia.


Gomo mengucapkan syabas buat Datin Seri Rosmah Mansor atas kejayaan yang dilakukan semalam dalam menghimpunkan Pandu Puteri Malaysia yang mana ianya adalah julung julung kali diadakan bersama sama dengan seorang Perdana Menteri.

Gomo yakin anak gadis Pandu Puteri yang terdiri dari pelbagai lapisan Agama Bangsa dan serata Malaysia berpuas hati kerana dapat bersama sama dengan Perdana Menteri Malaysia dan Gomo yakin usaha yang dilakukan ini pastinya akan ditagih oleh para belia dari Persatuan yang lain dalam masa mendatang.


Buat Datin Seri Rosmah Mansor teruskan membantu suami anda yang bertungkus lumus siang dan malam membina negara Malaysia yang tercinta ini. Dan kami para Blogger, facebooker akan terus mempertahankan pucuk pimpinan kami dari serangan Fitnah jahat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan kita Barisan Nasional membina negara Malaysia ini.


Buat pembangkang anda boleh menyerang tetapi ingatlah semakin kerap anda menyerang Najib Razak dan Rosmah Mansor maka semakin kuat sokongan para pengundi kepada mereka berdua ini.

 sumber:  http://www.papagomo.com/2012/07/najib-razak-rosmah-mansor-bersatu.html

Mengapa Program Turun Padang ini AMAN???





PERAKTODAY-PANDU PUTERI-
Persatuan Pandu Puteri telah berjaya mengadakan Program Turun Padang di Stadium Merdeka semalam dengan aman dan tenteram. Turut hadir DS Najib Razak dan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Perdana Menteri dan DS Rosmah tiba di perkarangan Stadium Negara kira-kira jam 4 petang dan sambutan yang diterima cukup meriah dengan kehadiran kira-kira 4,000 ahli PPM dan Pengakap Malaysia.
DS Rosmah berkata, sejak ditubuhkan pada 1917, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan persatuan itu bergerak maju dan diperkasakan demi mendukung matlamatnya yakni membantu membangunkan potensi remaja wanita.


PERAKTODAY-PANDU PUTERI-10
Beliau berkata, dalam mendepani transformasi, usaha membina modal insan menjadi teras kepada kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju lagi seimbang yakni dari sudut spiritual dan fizikalnya.

Oleh itu katanya, kepimpinan melalui teladan menjadi tunjang kepada perjalanan tersebut dan golongan remaja menggalas tanggungjawab yang berat terhadap negara.

“Saya menyeru golongan remaja menjadi insan terbilang yang menerima amanah untuk membawa bangsa mencipta kejayaan lebih cemerlang dan meletakkan negara di persada lebih gemilang,” kata DS Rosmah lagi.

Kata - kata Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah memberi rangsangan kepada pemudi-pemudi untuk mara kehadapan dan menyahut cabaran kehidupan mereka.

PERAKTODAY-PANDU PUTERI-23PERAKTODAY-PANDU PUTERI-62    PERAKTODAY-PANDU PUTERI-3


Program ini telah membuktikan pemuda-pemudi kita yang di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Razak dan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dipimpin dan diajar tentang keamanan, keharmonian, kesejahteraan, perpaduan dan juga kesopanan. Ini membuktikan Aspirasi 1Malaysia telah berjaya dipraktikkan.

Syabas PM!!!!

untuk teks ucapan dan gambar lanjut sila klik http://www.papagomo.com/2012/07/program-turun-padang-rakyatkan.html dan http://peraktoday.com/wp/?p=72787

BANDINGKAN.....

Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang beria-ria nak jadi PM mendidik pemuda pemudi buat demo dan rusuhan.