Semakin hari semakin teserlah peranan yang dimainkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu suaminya iaitu Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak. Benarlah orang kata, jika tidak kerana Isteri untuk membantu maka siapa pula yang akan berusaha lebih jitu dalam memastikan si suami memperolehi kejayaan.
Semalam satu lagi intipati penting dalam kehidupan Najib Razak apabila isteri beliau Rosmah Mansor berjaya menghimpunkan para belia yang terdiri daripada lapisan golongan Agama, Bangsa dari serata Malaysia dibawah naungan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=bpbOyUEnBdU
Mungkin pembangkang akan mengutuk ataupun menyerang Rosmah Mansor sepertimana sebelum ini yang menyatakan Rosmah Mansor sebagai Perdana Menteri Malaysia namun para belia yang hadir semalam dalam satu program yang bijaksana melihat sendiri peranan besar yang dimainkan oleh Rosmah Mansor dalam membantu suami beliau Perdana Menteri Malaysia.
Gomo mengucapkan syabas buat Datin Seri Rosmah Mansor atas kejayaan yang dilakukan semalam dalam menghimpunkan Pandu Puteri Malaysia yang mana ianya adalah julung julung kali diadakan bersama sama dengan seorang Perdana Menteri.
Gomo yakin anak gadis Pandu Puteri yang terdiri dari pelbagai lapisan Agama Bangsa dan serata Malaysia berpuas hati kerana dapat bersama sama dengan Perdana Menteri Malaysia dan Gomo yakin usaha yang dilakukan ini pastinya akan ditagih oleh para belia dari Persatuan yang lain dalam masa mendatang.
Buat Datin Seri Rosmah Mansor teruskan membantu suami anda yang bertungkus lumus siang dan malam membina negara Malaysia yang tercinta ini. Dan kami para Blogger, facebooker akan terus mempertahankan pucuk pimpinan kami dari serangan Fitnah jahat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan kita Barisan Nasional membina negara Malaysia ini.
Buat pembangkang anda boleh menyerang tetapi ingatlah semakin kerap anda menyerang Najib Razak dan Rosmah Mansor maka semakin kuat sokongan para pengundi kepada mereka berdua ini.
sumber: http://www.papagomo.com/2012/07/najib-razak-rosmah-mansor-bersatu.html
No comments:
Post a Comment