KUALA LUMPUR 9 Julai - Tindakan Pembangkang yang gemar
memburukkan Pemimpin BN termasuklah dari kalangan isteri Pimpinan parti
komponen tersebut sudah menjadi lumrah demi menawan Kerajaan Pusat pada
Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.
Penaung PERMATA Negara, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor menjelaskan,
tindakan tersebut sedikitpun tidak mencacatkan usaha beliau dalam
memastikan program murni yang beliau terajui itu memberi khidmat kepada
masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.
"Sekarang ini nak minta Bajet lebih sikit dari Kerajaan (untuk buka
Pusat Anak PERMATA Negara) pun, Kerajaan kata tak boleh. Minta sahaja
dekat Parlimen, 'orang belah sana' kata Itu Rosmah punyalah tu", katanya
dalam Ucapan Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara kawasan Kerinchi di
sini hari ini.
Beliau turut menyatakan rasa kesal kerana Program PERMATA adalah sangat
murni dalam mendidik anak-anak kecil dengan pelbagai pendedahan
menerusi modul-modul yang diterapkan. Pembangkang katanya lagi hanya
pandai menabur janji akan tetapi tidak mampu melaksanakan sepenuhnya
terutamanya dalam menjalankan program-program berbentuk bimbingan
masyarakat.
Namun beliau mengambil langkah membiarkan sahaja tindakan Pembangkang
tersebut kerana program PERMATA adalah satu langkah positif dalam
melahirkan generasi yang lebih berwawasan demi masa depan Negara.
Sambil tidak mengendahkan pandangan Pembangkang, isteri Perdana Menteri
itu berharap agar program PERMATA dapat memberi sokongan penuh dari
kesemua masyarakat di Negara ini.
Turut hadir pada Majlis tersebut Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar Senator Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan
isteri.
Majlis Perasmian yang dihadiri hampir 2 ribu masyarakat tempatan turut
diserikan dengan persembahan dari kanak-kanak didikan Pusat Asuhan
tersebut.
sumber: KL POS
No comments:
Post a Comment