JOM kenal Ramesh Rao.....
Siapa Ramesh Rao?
Ramesh Rao dari Hutan Melintang ahli MIC biasa dan pandai berbahasa Cina...Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris beliau pun tak kurang handal....
Apa yang special dengan beliau?
Beliau merupakan seorang yang rasional dalam pemikiran beliau...
“Kita kena minta… kita kena tanya… kita kena selidik… ketuk pintu jumpa pihak-pihak yang boleh membantu, kemudian baru kita boleh dapat… kita tidak boleh tunggu, duduk dalam rumah sampai bantuan atau keperluan yang lain sampai sendiri… itu memang tidak akan berlaku."
“Pakatan Rakyat kata kaum India dipinggirkan…kalau kaum India dipinggirkan dan dizalimi mana mungkin kaum India boleh bina kuil… mana mungkin kita ada sekolah-sekolah Tamil"
Apakah pandangan beliau terhadap Pembangkang?
“Pakatan Rakyat kata kaum India dipinggirkan…kalau kaum India dipinggirkan dan dizalimi mana mungkin kaum India boleh bina kuil… mana mungkin kita ada sekolah-sekolah Tamil.
“Empat tahun pemerintahan apa kelebihan kaum India dapat di negeri-negeri PR… kita lihat di Selangor, exco kaum India ada satu sahaja itu pun cakap Tamil tak berapa betul… macam mana dia nak bela kaum India."
“Di Kedah pula, sebelum ini kepiminan PR negeri ada mengatakan bahawa akan bagi cuti umum kepada kaum India untuk meraikan Thaipusam kalau menang pilihanraya lepas… tetapi sampai sekarang tidak tertunai… jadi inikah yang dikatakan mereka membela kaum India."
“Kalau di Pulau Pinang, exco-exco kaum India yang ada semuanya seperti tak ada gigi… tak ada kuasa nak bercakap… itupun mereka cakap nak bela masyarakat kaum India.
Apakah ulasan beliau terhadap isu-isu kontroversi?
“Orang yang tak dapat kad pengenalan ini, saya nak terangkan yang pertama mereka tidak dapat buktikan tempat kelahiran mereka… biasanya golongan yang dinafikan untuk mendapat kad pengenalan ini kebanyakannya sama ada ibu atau bapa dia adalah warga Bangladesh atau dia lahir dari perkahwinan yang tidak halal…lahir dari hasil perkahwinan yang tidak berdaftar… jadi macam mana nak dapat kad pengenalan."
“Isu roboh kuil selalunya isu yang paling mudah digunakan pembangkang untuk menaikkan kemarahan kaum India… kerajaan tidak pernah merobohkan kuil yang telah diberi atau diwasiat atau diberi kelulusan… perkara itu tidak pernah berlaku.
“Kerajaan cuma robohkan kuil-kuil Hindu yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah orang lain jadi bila tak minta kebenaran kemudian pemilik tuntut tanah itu semula… kenapa nak salahkan tuan punya salah atau kerajaan pula… kuil itu dibina secara haram di atas tanah orang lain dan sepatutnya kita kena fahamlah perkara ni… kenapa kita nak tuntut sesuatu yang salah.
“Saya rasa peruntukan yang kerajaan bagi untuk pembinaan kuil di negara ini adalah yang terbanyak… jadi kenapa kaum India nak pertikai lagi… apa lagi yang kita mahu,”
*****
MIC perlukan calon sebegini kerana beliau boleh berhujah dengan berani dan berfakta...Pemimpin begini dapat membela kaum India dan mempertahankan parti dari dipijak anasir lain...MIC harus mengambil keputusan yang agak drastik dalam pemilihan calon jika parti ini ingin merangkul kemenangan dalam piihanraya yang akan datang....
Bukan sahaja Ramesh Rao malah ramai lagi pemimpin yang muda, berkaliber dan berjiwa rakyat harus diberi peluang. Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel harus memilih calon yang boleh berbakti pada rakyat dan parti tanpa mempertimbangkan senioriti...
![]() |
Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel |
Senarai calon MIC asyik ditolak PM dan baru-baru ini pun PM telah menolaknya sekali lagi...
Sudah tiba masanya Presiden MIC mengenalkan muka-muka baru dan mengubah nasib MIC dan mengelakkan daripada MIC ditadbir dengan cara yang "tradisional".
Sekian.
Sumber: Perak Today, House PK
No comments:
Post a Comment