Berikut merupakan mesej dari Setiausaha Jeneral MIC,
MIC menyokong operasi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi mempertahankan kedaulatan Malaysia terhadap Tentera DiRaja Kesultanan Sulu.
Kami dengan serius mengutuk pencerobohan bersenjata Sulu di Lahad Datu, Kampung Tanduo, Semporna dan Kunak yang telah menyebabkan situasi yang tidak diingini dan rasa takut di kalangan penduduk kampung yang telah menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti harian mereka.
Kami benar-benar percaya bahawa Pasukan Keselamatan Malaysia akan mempertahankan kedaulatan negara kita dan memastikan keselamatan rakyat kita di Sabah.
Kami ingin merakamkan ucapan takziah yang mendalam kami kepada keluarga anggota polis yang terkorban ketika pertempuran. Mereka akan sentiasa kekal sebagai wira dalam hati kita.
Kami menyeru semua rakyat Malaysia, untuk mengetepikan segala perbezaan dan bersatu untuk menyokong Pasukan Keselamatan Malaysia kami untuk melaksanakan misi mereka untuk menghalau musuh bersenjata.
Datuk Murugesan
Setiausaha Jeneral MIC
WE LOVE 1MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment