Semalam DBKL telah menolak permohonan PKR untuk menggunakan Padang Merbuk sebagai tempat perhimpunan mereka pada 22 Jun ini.
Datuk Bandar KL dalam satu kenyatannya menyatakan padang tersebut telah ditempah oleh pihak lain, dan Datuk Bandar mencadangkan kepada PKR agar perhimpunan itu diadakan di tempat tertutup seperti stadium.
Dalam hal ini Datuk Bandar tak perlu nak cadang sana sini dan sebagainya. Kalau Padang Merbuk tidak boleh digunakan, cukup sahaja jawab Padang Merbuk telah ditempah pihak lain. Tak payah nak mencadang-cadang lagi.
Datuk Bandar kena ingat pihak yang DBKL sedang berurusan adalah puak-puak pembohong. Mereka boleh pusing cerita mengatakan itu hari Datuk Bandar janji nak bagi stadium. Sedangkan Datuk Bandar hanya mencadangkan. Nanti habis jadi huru hara dan tak pasal-pasal Datuk Bandar pula diheret ke kancah politik.
Berkenaan perhimpunan yang mereka hendak adakan itu, pihak polis dan kerajaan hendaklah menghalang sepenuhnya mereka. Dalam stadium atau luar stadium asalkan di Kuala Lumpur, jangan sesekali bagi.
Kerajaan dan polis bagi atau tak bagi sekali pun, mereka tetap akan menuduh kerajaan zalim, tidak mengamalkan demokrasi dan sebagainya. Dulu polis dah benarkan mereka buat tengah-tengah pusat bandar dan juga di Stadium Merdeka, mereka tetap kata kerajaan dan polis zalim. Kalau kali ini polis tak bagi pun mereka tetap akan kata zalim. Jadi apa ke jadah laginya nak bagi ?
Masa untuk bertoleransi atau bertolak ansur sudah berlalu. Sekarang masa untuk bekerja. Masa untuk bertindak. Biarlah mereka nak kata kerajaan zalim atau tidak demokrasi. Dunia luar sudah tahu bagaimana kita mengamalkan demokrasi. Tidak guna bagi muka kepada puak-puak haram jadah itu. Bagi muka macamana sekali pun mereka tetap tidak puas.
Mereka nak berhimpun 3 hari 3 malam pun pergilah berhimpun di Stadium Shah Alam, Stadium Melawati, Stadium Kelana Jaya, Padang MBPJ dan banyak lagi tempat lain di Selangor. Jangan bagi KL sebab mereka ada agenda jahat untuk menghuru-hara dan memalukan negara. Jangan sampai musuh-musuh luar dah masuk dalam selimut baru kita nak bertindak.
Jika perlu umum darurat di KL pada berkenaan , umum sahaja. Jangan bagi sesiapa masuk bandar KL pada hari berkenaan. Kena tegas....jangan lagi nak berlembut untuk nak berbincang-bincang dan sebagainya. Jangan bagi muka....
K1NGMAKER: Artikel ni dari RBF Online...Saya berharap pihak berkuasa tak kisah lar DBKL, Kementerian Wilayah, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, PDRM, FRU tolong bersedia...jangan tunggu sampai nasi jadi bubur....tahan yang patut! ingat lepas ini NO MERCY!
Nak harap pihak berkuasa ambil pre-emptive measures? Sorila ini zaman Najib pondan tak sama macam zaman pahlawan TDM. Najib sekarang sedang mengigil teloq.
ReplyDeleteWAKE UP LA DATO SERI NAJIB. KAMI ADALAH SILENT MAJORITY YANG INGINKAN KEAMANAN. SAPA2 YANG NAK BUAT KACAU MINTA POLIS TANGKAP DAN SUMBAT DALAM JAIL! YESSSS! NO MERCY AND WE MEAN IT!!
ReplyDelete-Rakyat Kelantan-
Mulai saat ini...dicadangkan pihak PDRM menangkap terus semua individu "Perancang dan Penganjur" Demo 505...jangan kasi muka kat dorang...Jika tindakan ini tidak diambil sekarang dan nak tunggu pagi Sabtu ini... memang akan menimbulkan masalah besar...mohon PDRM BERTINDAK SEGERA...
ReplyDelete