Sunday, 20 October 2013

UMNO 2013


K1NGMAKER ucapkan tahniah kepada semua!!!!

Thursday, 17 October 2013

K1NGMAKER CABAR SARAVANAN DAN MELABEL 'PONDAN'!

Salam 1Malaysia, 

Dei annnachi Saravanan, ini adalah point-point yang harus semua warga India di Malaysia mesti tahu....



1. Penyembelihan dilakukan ketika Hari Raya Haji. So mana datangnya agama lain disana???

2. Penyembelihan ketika Hari Raya Haji di kawasan sekolah ini bukannya satu yang baru... Ramai daripada masyarakat India dan Cina juga pernah menyertai dan menyaksikan penyembelihan...

3. Orang India hanya 20% di Malaysia, Agama Islam agama rasmi negara... Kita sebagai warganegara yang baik harus menghormati adat dan tradisi agama rasmi negara.

4. Penyembelihan bukan lah satu perkara yang baru dilakukan oleh masyarakat India jugak... 
Ramai yang menyembelig kambing dan ayam di tempat sembayang dan jugak di depan rumah mereka sendiri dengan nama upacara korban... Tak pernah pun abang - abang Islam buat hal ke , complain ke....

5. Setahu K1NGMAKER, banyak sekolah SK mahupun SMK membenarkan upacara sembayang hajat untuk agama hindu di sekolah... jadi tak adil jika kita kata upacara agama lain tidak dibenarkan di sekolah SK or SMK.

K1NGMAKER langsung tidak setuju dengan si Saravanan ini...

Cara cakap biaDAP... tak hormat pengetua, tak hormat orang tua, tak hormat agama orang lain...

Menyusahkan agama Hindu di negara ini...

Menghasut kedua - dua agama ini yang shingga kini mengamalkan brotherhood....

Senang cakap, Saravanan "PONDAN" kata duduk luar negara tapi K1NGMAKER pasti penakut itu ada di Malaysia....

K1NGMAKER cabar KALAU SEJATI TAMPIL KEHADAPAN DAN BERSUARA, 
JANGAN DUK MACAM PONDAN DIBELAKANG.

Kita dah duduk disini dengan aman dan harmoni... Jangan sebab setitik nila rosak susu sebelanga....

K1NGMAKER meminta maaf kepada semua warga Islam demi perbuatan makluk ini...

Bagi Yang Tak Suka Duduk Malaysia,

PLEASE PLEASE PLEASE GET OUT...NOBODY IS GOING TO STOP YOU!!!

Lets stay UNITED!

Wednesday, 16 October 2013

MAYAT MULA REPUT,BERULAT DITEMUI

MIRI: Misteri bau busuk yang menghantui penduduk di kawasan perumahan Desa Senadin di sini sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan berkenaan tengah hari semalam.

Mangsa dikenali sebagai Chiong Swee Ming atau lebih dikenali sebagai Ah Ming, 46, dan tinggal berseorangan di rumah berkenaan sejak kematian isterinya tahun lalu.

Ketika ditemui di ruang tamu rumahnya, keadaan mayat mangsa yang hanya memakai seluar dalam sudah mula mereput dan berulat dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hingga enam hari lalu.

Dalam pada itu, kematian mangsa hanya disedari seorang adik lelakinya yang datang menjenguknya sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Menurut adik mangsa, pagi semalam dia cuba menghubungi abangnya itu beberapa kali namun panggilannya tidak berjawab.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia terus pergi ke rumah abangnya dan setiba di sana mendapati kereta mangsa ada diletakkan di luar rumah, manakala pintu berkunci dari dalam.

“Saya telah memanggilnya beberapa kali dan menelefonnya, namun tidak berjawab. Saya dengan dibantu dua orang rakan terpaksa menendang pintu depan rumah yang berkunci dari dalam.

“Sebaik pintu dibuka, alangkah terkejutnya apabila mendapati abang saya telah terbujur kaku di ruang rumah dalam keadaan mayatnya yang mula reput dan berulat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Serentak itu, dia terus memaklumkan kematian mangsa kepada abang sulungnya yang kemudian turut bergegas ke tempat kejadian.

Difahamkan, selain menghidap penyakit, mangsa turut dipercayai mengalami masalah mental dan sering kedengaran meraung, menjerit dan menggoncang besi jeriji pintu rumahnya oleh jiran-jiran sebelah.
Sementara itu, menurut seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 46, dua hari lepas, isterinya mengadu ada terhidu bau busuk namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia bau bangkai binatang atau sampah.

“Dua hari lepas, semasa isteri saya keluar rumah, dia ada mengadu terhidu bau busuk seperti bau bangkai, namun tidak mengendahkannya kerana menyangka ia bangkai binatang. Rupa-rupanya apa yang dia kata memang betul, bau busuk dari mayat jiran sebelah,” katanya yang tinggal selang sepintu dari rumah mangsa.
Perkara sama turut dialami jiran-jiran yang lain namun tidak mengendahkannya kerana tidak menjangka perkara seperti itu berlaku.

Menurut penduduk setempat, mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak kematian isterinya tahun lalu memang jarang bertegur sapa dengan jiran tetangganya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes itu dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Sumber:Utusan Borneo