Saturday, 8 March 2014

PM : Pesawat MAS Mungkin Hilang di Sempadan Vietnam

SEPANG 7 Mac - Pesawat MH370 berkemungkinan hilang di kawasan sempadan negara Vietnam berdasarkan kedudukan terakhir pesawat MH370  daripada radar di 065515 Utara (longitud) and 1033443 Timur (latitud).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 diteruskan hingga kini dengan memberi tumpuan di kawasan signal terakhir diterima.

"Kawasan mencari pesawat diperluaskan dengan menggerakkan 15 pesawat TUDM, 2 pesawat APMM, 6 kapal TLDM dan 3 APMM.

"Beberapa buah negara berkaitan seperti Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat bersedia dan sedang membantu operasi mencari pesawat," katanya kepada pemberita pada sidang media di KLIA di sini hari ini.

Rakyat News
 
Akhbar Vietnam, Tuổi Trẻ hari ini melaporkan, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pagi tadi didakwa terhempas di perairan Pulau Tho Chu, Vietnam.

Ianya berdasarkan kenyataan Pegawai Tertinggi Tentera Laut Vietnam yang mengesahkan pesawat Boeing B777-200 terhempas di perairan tersebut kira-kira 300 kilometer dari daerah Kien Giang.

No comments:

Post a Comment