Monday, 31 August 2015

Malaysiakini Bapa kepada Bapa Spin! Sultan Johor Pula Dimainkan!

Malaysiakini mendapati telah cuba menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan Baginda Sultan Ibrahim Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan jangan memperbodohkan rakyat yang dititah oleh baginda.

Malaysiakini sudah mula bohong dan spin.

Padahal Tuanku bertitah kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang.

"Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan maklumat yang hanya sedap didengar bagi menutup keadaan yang sebenar, " titah baginda.

Laporan Malaysiakini bercanggah dengan titah Sultan.

NGO Persatuan Minda dan Sosial Prihatin telah membuat laporan terhadap Malaysiakini dibawah Seksyen 124 I Kanun Keseksaan.

K1NGMAKER: Diminta pihak berkuasa, PDRM dan juga SKMM menyiasat kes ini tanpa melengahkan masa! Sekian!

Saturday, 29 August 2015

Akhirnya Tun M Kalah Pada Anwar Ibrahim!

Ingat lagi 1998, ketika Anwar Ibrahim Melakukan Demo Reformasi, apakah tindakan Tun Mahathir?




Sekarang Tun Mahathir KALAH pada Anwar Ibrahim! 


NO EXCUSE! NO REASON! YOU HAVE LOST TO ANWAR IBRAHIM DEAR TUN M!



Apakah Maksud Disebalik Cina DAP Bawa Penyapu Untuk Berdemo? #Bersih

Friday, 28 August 2015

Datuk @Akaprawi Bongkar Sumbangan Amerika Syarikat & Yahudi ke #Bersih4

Baru-baru ini Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi telah membongkar cara #Bersih4 mendapatkan dana bagi melakukan gerakan-gerakan haram mereka dan melakukan huru-hara didalam negara, Apabila beliau mengeluarkan kenyataan tersebut, ramai pihak pembangkang yang marah malah ada antara mereka yang melakukan laporan Polis supaya tindakan polis diambil terhadap Datuk Aziz Kaprawi. Sekarang, Datuk Aziz Kaprawi telah mengeluarkan bukti bagi membuktikan kenyataan beliau adalah benar. 

Selepas kajian dilakukan, rupanya Bersih menerima dana dari National Democracy Institute (NDI). NDI ini merupakan satu organisasi dari Amerika Syarikat yang memberi dana kepada pergerakan "anti-kerajaan" di seluruh dunia bagi memastikan institusi demokrasi kekal efektif bagi kepentingan kerajaan Amerik Syarikat. NDI ini diketuai oleh Madeleine K. Albright, bekas Setiausaha Amerika Syarikat. Bagi pengetahuan pembaca, NDI receives financial support from the United States Congress, the U.S. State Department and the U.S. Agency for International Development. An American governments ditentukan oleh Yahudi melalui kumpulan pelobi mereka iaitu American Israel Public Affairs Committee (AIPAC). Pembaca boleh baca lebih lanjut tentang AIPAC dan lihat bagaimana mereka mempengaruhi Pilihanraya di Amerika Syarikat.

Selepas mendapat dana dari NDI, Bersih juga mendapat dana dari National Endowment for Democracy (NED). NED is a U.S. non-profit soft power organization that was founded in 1983 to promote democracy. Oleh sebab itu, perjuangan asal BERSIH for so-called "clean and fair" elections adalah konsisten dengan apa yang dimahukan oleh NED. NED diketuai oleh Carl Gershman who was a Senior Counselor to the United States Representative to the United Nations, in which capacity he served as the U.S. Representative to the U.N.’s Third Committee and also as Alternate Representative of the U.S. to the U.N. Security Council. 

Secara konklusinya,sumbangan untuk BERSIH diterima oleh dua orang yang berpengaruh dari Kerajaan Amerika Syarikat iaitu Madeleine K. Albright dan Carl Gershman. Kerajaan Amerika Syarikat pula ditentukan oleh undi dari American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) iaitu sebuah organisasi Yahudi. Oleh itu, kenyataan yang dibuktikan oleh Datuk Aziz Kaprawi adalah tepat dimana dana dari Yahudi digunakan dan disalurkan ke BERSIH untuk menjatuhkan negara. Bagi DAP pula, sudah pasti hubungan mesra antara DAP dan BERSIH membolehkan dana dipindahkan dari BERSIH ke DAP dan the other way round with no problems. 

Bagi kami di #KLChronicle, terima kasih kerana membongkarkan perkara ini. Hasil kajian kami terbukti terdapat tangan-tangan dari Kerajaan Amerika Syarikat yang menolong BERSIH serta DAP dalam menjahanamkan negara. 


Sumber: KL Chronicle

Monday, 24 August 2015

KANTOI! Anwar Ibrahim Ditaja Arab Saudi Finance Charity?

 

Pada tahun 1971, Raja Mahkota Arab Saudi dalam satu pertemuan dengan Tengku Razaliegh Hamzah telah bertanya kepada siapa pergerakan Islam dia boleh salurkan dana untuk perkembangan Islam di Malaysia.
Tengku Razaliegh ketika itu sebagai Menteri dan Pengerusi Petronas telah mencadangkan supaya dana itu diiberikan kepada Anwar Ibrahim.

Maka bermulalah hubungan Anwar dengan dunia Arab ketika itu.

Setiap tahun Anwar berjaya memanupulasi hubungan itu dan menerima berjuta-juta USD dari Arab Saudi Finance Charity.
 

Pernahkah kamu bertanya ke mana wang itu dimasukkan?





klik untuk cerita lanjut

 

Thursday, 20 August 2015

"SIASAT SEHINGGA LUBANG CACING" NGO PMSP TUNTUT @SPRM

Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin menuntut SPRM menyiasat 3 isu dengan segera tanpa memberi helah atau menangguh masa.

1. Kehilangan RM 7.65 Billion Seperti Yang Didakwa Oleh Bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim

2. Pembayaran Melebihi Kos Oleh Lim Guan Eng Dalam Pembinaan Terowong Dasar Laut

3. Kenapa Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIG) Yang Bernilai RM2 Memegang Harta Bernilai RM 30 Billion?

SPRM harus jawab Dalam Masa 14 hari dari hari ini 21 Ogos 2015

Sekian

Media Sokong 4 Tuntutan Pemimpin NGO kepada PM

Tuntutan kepada PM merupakan perkara yang sangat biasa dan memang jika kita perhatikan ramai yang tampil kehadapan untuk mendapatkan beberapa hak orang India.

Blogger mendapat temuramah seorang pemimpin NGO yang bakal memberi memorandum kepada YAB PM kita dengan cara yang aman dan damai dalam masa 1 bulan mulai hari ini....

SO LETS TICK TOCK TICK TOCK....

Ramesh Rao yang kita tahu membidas isu DAP dan Sarawak Report kini hendak bermara memberi 4 Tuntutan kepada PM.

Beliau Memohon Tuntutan Khas Untuk Kaum India Tanpa Mengira Ugama Dan Keturunan (Termasuk Utk India Muslim & India Kristian) dari Perdana Menteri --

1.100% Biasiswa Pendidikan Untuk Pelajar2 Cemerlang.Bermula Dari Tingkatan 5.

2. Jaminan Pekerjaan Untuk Semua Siswazah India

3. Jaminan Rumah Mampu Milik Untuk Semua Kaum India.

4. Dua Hari Cuti Umum Untuk Hari Deepavali.

Permintaan Ini Mampu Ditunaikan Oleh Pm ,Kerana Kaum India hanya 7% Di Malaysia.

Permintaan ini Tidak Mengugat Kepentingan Kaum Yang Lebih Besar Dari Kami.

Beliau juga telah meminta Sokongan Dan Tandatangan Anda Untuk Jayakan Tuntutan Ini.

Beberapa ahli media yang terkenal masyur di Malaysia juga telah memberi sokongan penuh mereka dalam usaha ini.

Sila Email Nama Penuh Dengan Salinan Ic Ke rr_media@yahoo.com Atau Sila Hubungi RAMESH 0123560105 Atau Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin 0379570105

Sertailah Tuntutan Khas.

Sekian Terima Kasih

Tuesday, 18 August 2015

Liputan Khas (updated) :Bukti Malaysiakini SPIN!

Berita lebih lanjut sekejap lagi!
Blogger berada di SKMM untuk Liputan Khas !


SKMM digesa menyekat laman sesawang Malaysiakini dengan segera dan serta merta. 

SKMM agak lembik dalam mengambil tindakan. Mereka kena agresif mengambil tindakan bukan duduk makan gaji.

Malaysiakini, yang sering menyiarkan berita fitnah harus diambil tindakan! Sudah cukup masa rakyat bersabar dengan gelagat Malaysiakini yang sering SPIN berita.

SEKSYEN 233 DAN 231 AKTA MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI 
untuk pengetahuan semua.

Diminta SKMM jangan bagi alasan tiada bukti. 

Sila siasat dan ambil tindakan segera!

Sunday, 16 August 2015

BUKTI SARAWAK REPORT BUAT KERJA DENGAN BAYARAN?

Kerajaan BN harus bertindak dengan bijak, Siasat siasat siasat !

We do not have enough time!

Jangan Main Honey Moon

Friday, 14 August 2015

#astroulagam K1NGMAKER Covers International Superstar First Time Ever!!!!

First time ever, K1NGMAKER will be covering Astro International Superstar on 15 August 2015 LIVE at PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) at 6.30 pm. 

Everyone are cordially invited to join the BLAST to make the event as GRAND as possible.


K1NGMAKER bloggers will be providing LIVE FEED on every moments including scores and pictures. 

Please LIKE us at KingMaker Blog on Facebook and Follow us on @K1NGMAKER on Twitter. 

Also kindly log in to kinginwar.blogspot.com

K1NGMAKER and crews thank Astro for giving us the great opportunity! 

Thursday, 13 August 2015

Adakah Pihak Pembangkang Tahu Isu Tersirat atau Sengaja Menghasut Rakyat?

Isu 1MDB, RM 2.6 Billion, Kapal Jet dan lain - lain di ura-urakan oleh pihak pembangkang mahupun pihak UMNO sendiri bagaikan mencucuk PM dari belakang. 

Siapakah yang melakar semua ini?

Adakah yang melakarnya memang tahu isu sebenar atau sengaja mengungkit dan menghasut rakyat semata- mata hendak gulingkan kepimpinan Najib?

Menjawab dakwaan adik Najib Razak yang mensarankan kurangkan berpolitik dan fokuskan isu kejatuhan mata wang RM, siapa yang berpolitik siang dan malam dengan menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

Siapa yang naikkan sentimen bencikan Najib dengan menggunakan isu 1MDB? 

Siapa yang upah Sarawak Report untuk serang Najib? 

Siapa yang anjur makan malam dan forum 1MDB?

Sekarang semua isu ini digunakan sebagai modal politik oleh pembangkang dalam terus memburukkan Najib yang juga Menteri Kewangan.
yang paling menujukkan heroism ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Mereka berdua turut memberikan ceramah berkaitan 1MDB dan menganggapnya satu skandal yang melibatkan Najib dan 1MDB.

Apakah yang mereka tahu semua tentang 1MDB? 

Jika YA, K1NGMAKER cabar mereka mengeluarkan segala bukti yang SAH dan menyerahkan kepada SPRM dengan segera.

Jika tidak, Letak Jawatan dan mengaku kalah!

Wednesday, 12 August 2015

SEBENTAR LAGI : PENDEDAHKAN PIHAK DISYAKI TERBABIT DALAM MENJATUHKAN EKONOMI NEGARA DAN RM JATUH

Kejap lagi blogger K1NGMAKER akan mendapat info pendedahan siapa disyaki menjatuhkan ekonomi dan nilai mata wang RM.

Kini berada di IPD Petaling Jaya...

Stay Tuned....

Monday, 10 August 2015

PENJELASAN TENTANG ISU PM TIDAK DIBENAR MENDARAT DI JOHOR!


PM telah berlepas ke singapura pd hari sabtu sebelah malam selepas merasmikan pertandingan pidata antarabangsa bahasa melayu piala perdana  menteri di picc, putrajaya. Pd malam tersebut pm mempunyai aturcara sendiri di singapura sempena sambutan hari kebangsaan singapura atas jemputan negara republik tersebut....
 
Adakah PM Tidak Dibenarkan Mendarat Di Johor??????
 
Baca di Selanjutnya disini....

Kisah Sebenar: Isu Buang Barang Jualan MBI

Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan tindakan kasar yang dilakukan oleh penguatkuasanya terhadap seorang penjaja makanan seperti yang ditunjukkan melalui gambar yang telah diviralkan di laman media sosial sejak semalam.

Gambar tersebut menunjukkan seorang wanita India sedang tertunduk disamping hasil jualannya yang bertaburan di atas jalan raya dan kelihatan pihak penguatkuasa MBI berada di lokasi itu.

Individu yang memuat naik gambar tersebut mendakwa pihak Penguatkuasa MBI telah bertindak kasar dengan menaburkan barang jualan penjaja tersebut di atas jalan raya.



Menurut Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria kejadian tersebut sememangnya berlaku di  Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) namun pihaknya memberi jaminan bahawa tindakan tersebut tidak pernah berlaku.

Namum bagaimanapun, beliau bakal memberikan kenyataan penuh berhubung insiden berkenaan setelah mengadakan perbicangan dengan pihak hospital petang ini.

“Berhubung tindakan penyebaran isu gambar itu ianya dilihat tindakan mencemar nama baik pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

“Perkara ini perlu dapatkan perbincangan lanjut daripada pihak hospital kerana ianya berlaku dalam kawasan hospital,” katanya.

Tegasnya lagi, situasi yang dinyatakan dalam viral berkenaan adalah tindakan  mencemar nama baik MBI dan sekaligus menjejaskan nama baik kerajaan negeri.

“Saya melahirkan rasa dukacita kerana isu disebarkan tanpa penjelasan lanjut namun ada beberapa pihak dan saksi telah menjelaskan perkara sebenar.

“Yang salah tetap salah jika kami salah kami akan minta maaf  tapi dalam kes ini pada peringkat awal bukanlah salah oleh pihak kami dan akan dijelaskan nanti,” katanya.

Tambahnya lagi,  penjaja tanpa lesen perlu merujuk kepada pihak MBI serta memohon lesen dan pihak MBI akan melihat kesesuaiannya bagi memberi kelulusan.

Ujarnya MBI seharusnya dilihat bagi membantu peniaga menambah pendapatan dan pelbagai aduan berkaitan dengan penjaja tanpa lesen diterima pihaknya termasuklah pejaja yang mempunyai lesen tapi masih berniaga di lokasi tidak sepatutnya.

“Pasar-pasar antaranya mereka berniaga sehingga ke simpang jalan dan banyak operasi dijalankan tetapi kita masih beri kelonggaran.

“Apabila disebarkan ini saya tidak mahu sebarang isu membabitkan kerajaan negeri kerana pelbagai bantuan telah disalurkan bagi membantu para penjaja,” katanya.

Semua pihak dinasihati supaya memahami keadaan yang berlaku dan pihak MBI perlu mengambil tindakan terhadap penjaja yang tidak memiliki lesen namun MBI tidak akan mengambil tindakan seperti yang ditunjukkan iaitu membuang hasil perniagaan.

“Ianya tidak berlaku saya berani jamin,” katanya.

Sebelum Kerajaan Dibahlulkan dan dimaki hamun, blogger sarankan beruk beruk yang suka komen tutup mata, tutup telinga, kalau boleh tutup mulut jugak. Jangan main tuduh sehingga menafikan kebenaran. Blogger dengan keras mesarankan agar rakyat Malaysia jangan KURANG AJAR. Kaji baru cakap. 
- K1NGMAKER

Saturday, 8 August 2015

Penyumbang Sarawak Report Yang Ingin Menjatuhkan Kerajaan Malaysia Dikenalpasti. Siapakah Mereka?

Claire pernah mengakui bahawa Sarawak Report disumbang beberapa orang. Soalannya, siapa yang menyumbang dan siapa orangnya yang ingin menjatuhkan Kerajaan Negara kita?

K1NGMAKER mendapat berita, senarai penyumbang itu telah pun diperolehi oleh seorang individu yang blogger tidak ingin mendedahkan identitinya buat masa ini.

Dari manakah Sarawak Report boleh mendapat dana berjuta-juta? 

Siapa disebaliknya? 

Adakah mereke ini terdiri daripada pihak pembangkang atau pihak KERAJAAN SENDIRI YANG INGIN MENGGUGAT KEDUDUKAN PM?



Wednesday, 5 August 2015

SPRM-Tiada Undang-undang Khusus Untuk Dedah Penderma Badan Politik

Tiada undang-undang khusus bagi membolehkan mana-mana pihak untuk mendedahkan pihak yang didakwa memindahkan RM2.6 bilion dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, ketiadaan akta khusus itu juga menyebabkan tiada undang-undang yang menyatakan menjadi suatu kesalahan jika memasukkan sejumlah wang kepada ahli politik.

Katanya, SPRM sudah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan akta khusus itu sejak 2008 lagi bagi membolehkan semua ahli politik mengisytiharkan sumber kewangan yang diperoleh daripada mana-mana pihak, namun sehingga kini belum terlaksana.
“Derma kalau di bawah takrif suapan adalah satu takrif suapan di bawah Akta SPRM, cuma isu yang kita kaitkan itu adalah derma politik di mana kita tidak mempunyai undang-undang khusus.

“Disebabkan tiada undang-undang khusus itu, kita tidak perlu melaporkan siapa yang bagi dan dari mana wang itu datang. Terpulang kepada individu masing-masing sekiranya mereka mahu mendedahkan secara suka rela atau pun tidak.

“Berbanding India dan Indonesia, mereka mempunyai akta berkenaan menyebabkan semua ahli politik termasuk pembangkang perlu memaklumkan sebarang dana dan tujuan yang diperoleh daripada mana-mana pihak dalam tempoh 30 hari,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis ‘Luncheon Talk’ dan Sambutan Aidilfitri SPRM bersama Sektor Swasta. Turut hadir, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban.

SPRM dalam satu kenyataan menjelaskan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.
“SPRM sebenarnya tidak terbabit dalam siasatan 1MDB, sebaliknya hanya terbabit dalam siasatan berkaitan SRC International Sdn Bhd.

“Ramai yang beranggapan SPRM menyiasat isu 1MDB, sedangkan kami tidak terbabit langsung dengan perkara itu. 1MDB disiasat polis dan saya meminta masyarakat tidak mengaitkan SPRM dengan 1MDB,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Lujnah Penerangan, Dakwah dan Pendidikan PAS Pasir Puteh dan NGO Royalti turut menyerahkan memorandum sokongan kepada SPRM supaya terus melaksanakan tugas dengan lebih baik, tidak berputus asa dan telus.

Tuesday, 4 August 2015

PENUTUPAN JALAN DAN LENCONGAN SEMPENA GRAND PRIX BANDARAYA KL 2015

PENUTUPAN JALAN DAN LENCONGAN SEMPENA GRAND PRIX BANDARAYA KL 2015

PENUTUPAN JALAN DAN LENCONGAN SEMPENA GRAND PRIX BANDARAYA KL 2015
Tujuh jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup seawal jam 7.30 pagi untuk semua kenderaan sempena acara perlumbaan Grand Prix Bandaraya KL 2015, bermula 7 hingga 9 Ogos ini.
Jalan-jalan yang terlibat ialah:

1. Jalan Sultan Ismail
2. Jalan Ampang
3. Jalan Bukit Bintang
4. Jalan Raja Chulan
5. Jalan Perak
6. Jalan Yap Kwan Seng
7. Jalan Ampang / Dang Wangi


Tujuh lokasi lencongan akan mempunyai akses kawalan untuk memberi laluan kepada pengangkutan awam yang memiliki pelekat khas atau kereta pekerja di sekitar bangunan di kawasan berkenaan.
Tujuh lokasi lencongan itu ialah:

1. Persimpangan lampu isyarat Jalan Raja Abdullah/Sultan Ismail
2. Jalan Ampang - Pusingan U dIhadapan Avenue K 
3. Persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Bintang Pavillion
4. Persimpangan Jalan Raja Chulan berhampiran Bangunan Ambank Group 
5. Persimpangan lampu isyarat Jalan Raja Chulan / Sultan Ismail
6. Persimpangan lampu isyarat Jalan Ampang / Yap Kwan Seng
7. Persimpangan Jalan Dang Wangi / Jalan Ampang

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya Monorel dan LRT dan mengelak daripada menggunakan jalan yang terlibat dengan kesesakan lalulintas serta mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.
Pengguna jalan raya juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071-9777, Hotline Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 03-26179378, penganjur GT Global Race (M) Sdn. Bhd 03-62012719 untuk pertanyaan mengenai penutupan dan lencongan jalan berkenaan.

Rumah Pengarah Biro Intergrasi PKR Diserbu Imigresen, 29 Warga Asing Ditangkap!

Rumah Pengarah Biro Integrasi PKR Dato' Sri Edmund Santhara diserbu Jabatan Imigresen kerana mempunyai 29org pekerja warga asing dirumahnya.

Mengapa terdapat 29 orang warga asing dalam rumahnya?

Inikah contoh integrasi di dalam PKR?

Adakah Edmund Santhara membawa pendatang asing secara haram tanpa permit untuk dibekalkan kepada syarikat-syarikat yang memerlukannya?

Adakah ini perniagaan haram dilakukannya yang telah kantoi sekarang?

Adakah ahli PKR yang lain turut mengikut jejak Edmund Santhara?

Blogger sarankan anugerah Datuk Seri dia dirampas dengan serta merta.

PKR harus mengambil tindakan segera dalam keahliannya dalam PKR







Saturday, 1 August 2015

PEMBANGKANG DAH MULA SOAL, MIC NS BILA PULAK?

AMK Jempol Gesa MIC Nafi Kenyataan Keras MB Negeri Sembilan

Susulan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang yakin UMNO mampu memerintah Negeri Sembilan tanpa bantuan parti komponen lain, saya menggesa MIC Negeri Sembilan khususnya membidas kenyataan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Dengan penuh bersemangat, ucapan yang dibuat dalam mesyuarat UMNO Seremban itu, Mohamad Hassan turut menggesa Perdana Menteri jangan melayan tuntutan kerusi yang diminta parti komponen BN di negerinya.

Saya menggesa MIC Negeri Sembilan segera membidas Mohamad Hassan kerana kenyataannya itu seperti merendah-rendahkan keupayaan MIC dalam berhadapan dengan pilihanraya.

MIC harus menuntut Mohamad Hassan memohon maaf kerana menyinggung perasaan parti komponen BN yang lain atau MIC akan dilihat “bacul” berhadapan dengan UMNO. Juga MIC akan dilihat seperti mengiyakan kenyataan Mohamad Hassan yang sememangnya parti MIC itu “hidup segan mati tak mahu.”

Dato’ Sri Sanjeevan R
Ketua AMK Cabang Jempol