Sunday, 21 February 2016

Harga Minyak Kekal Rendah 3 Hingga 5 Tahun

Harga minyak dunia dijangka kekal rendah bagi tempoh tiga hingga lima tahun lagi, kata pemilik kompleks penapisan minyak terbesar dunia, Mukesh Ambani.
"Seperti mana yang anda lihat keadaan harga minyak, ia akan berada pada tempoh yang lama. Dan ini adalah kali pertama harga minyak jatuh disebabkan lebihan bekalan," katanya.
Individu paling kaya di India itu menambah, tidak pernah berlaku satu keadaan di mana terlebih bekalan daripada permintaan, sambil menyifatkan ia berlaku kerana inovatif Amerika Syarikat kerana menghasilkan kuantiti minyak yang besar.
Katanya, Amerika Syarikat telah menghasilkan sembilan juta tong sehari berbanding kurang daripada sejuta sebelum ini.
Tambahnya, dengan lebihan bekalan OPEC semakin kehilangan kawalan.
Ambani menjangkakan, harga minyak dijangka rendah sehingga berlaku perubahan struktur.
Dalam keadaan sekarang, katanya, kejatuhan harga minyak menjadi kelebihan kepada negara-negara pengimport bahan bakar itu seperti India kerana mendapat bekalan pada harga lebih murah.
"Dan ia membantu dalam pertukaran asing kita (India). Dan dalam erti kata lain, ia membantu defisit fiskal kerajaan kerana ia boleh menyerap pendapatan tambahan. Jadi bagi negara-negara pengimport minyak, ia sangat baik.
"Atas dasar ekonomi secara keseluruhan, ia adalah deflasi dan kita semua memahami bahaya deflasi," katanya. - 

Friday, 19 February 2016

SENSASI! BLOGGER DESAK PDRM TAHAN ANAK MUHYIDDIN


Saya sebagai seorang blogger dan ahli media, Kingmaker Media Online, amat tidak berpuas hati dengan kata-kata kesat yang telah dilemparkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengatakan singkatan @KBAB51 sebagai 'kebab' dan juga mengatakan 'ah kebab leh gimam yang membawa maksud pergi mampus.

Kata-kata ini telah dilemparkan oleh anak bongsu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bernama Farhan.

Disamping itu, Farhan telah memuat naikkan gambar logo keramat PDRM yang telah diubahsuai dengan meletakkan logo guni duit.


Ini merupakan tindakkan yang sangat TERHINA dan saya mendesak PDRM dan juga SKMM mengambil tindakan keatas Farhan.

Ini merupakan satu penghinaan kepada semua warga PDRM yang sedia ada dan juga bekas pegawai dan Veteran PDRM.

Perbuatan Farhan boleh disiasat dibawah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 Dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Saya mendesak PDRM mengambil laporan saya sebagai laporan rasmi dan menahan reman Farhan atas perbuatan dia.


Sekarang laporan telah dibuat PDRM tolong ambil tindakkan. Segerakan siasatan terhadap FarhanYassin. Virus begini harus dihapuskan dengan segera, jika tidak ia akan merebak ke masyarakat yang lain.

Sumber:


TIADA BELAS KASIHAN.



Thursday, 18 February 2016

TERKINI: MB KEDAH PENING KEPALA

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan hasrat untuk mengekalkan kesemua sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir Isnin ini walaupun beliau dikatakan menerima tekanan kuat daripada penyokongnya yang meminta supaya perubahan dilakukan.

Antara nama yang dikatakan mendapat sokongan untuk dipertimbangkan bagai mengalas jawatan exco ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Ahmad Lebai Sudin dan ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka, Ali Yahaya.

Memetik sumber Mstar, bagaimanapun sehingga jam 5.30 petang Khamis, Ahmad Bashah yang juga merangkap pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah ingin dikatakan masih ingin mengekalkan kesemua muka lama dalam barisan exco negeri itu.

Terdahulu, Majlis mengangkat sumpah anggota-anggota exco negeri itu telah dijadualkan untuk berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar pada Isnin ini.

“Setakat ini menteri besar hendak mengekalkan dahulu barisan exco yang dah dilantik di bawah pentadbiran yang lalu, mungkin portfolio sahaja yang akan berubah,” kata sumber.

Khabar angin tersebar bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga orang anggota exco iaitu Datuk Norsabrina Mohd Noor, Datuk Aminuddin Omar dan Datuk Suraya Yaacob – ketiga-tiganya dilihat sebagai penyokong kuat bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir akan digugurkan daripada jawatan.

Menurut laporan Mstar lagi, Ahmad Bashah enggan menguggurkan Suraya kerana beliau juga adalah anggota exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia dan mempunyai penyokong yang besar dari kalangan sayap wanita manakala Norsabrina pula merupakan ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah yang juga mempunyai pengaruh yang besar di kalangan anggota-anggota Puteri.

Terkini! Lim Liong Sik Dendam Najib?

Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.
Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.
"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).
"Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.
Beliau mengulas soalan berhubung keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.
"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.
Bekas presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.
"Semua orang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.
"Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?
"(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).
"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.

Wednesday, 17 February 2016

Terkini: Proses Pengganti BNM Sedang Dibuat.


KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata beliau tidak akan menyambung khidmat untuk satu lagi penggal sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).
Proses mencari pengganti sedang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga BNM yang terdiri daripada pengarah bebas daripada sektor swasta.
“Saya tidak mempunyai kebebasan untuk membincangkan perkara itu. Pengumuman mengenai pengganti saya akan dibuat tidak lama sekali. Ia sudah tentunya akan berlaku,” kata Zeti kepada pemberita selepas melancarkan Platform Akaun Pelaburan (IAP), di sini, hari ini.
Menurutnya, meskipun proses pengganti beliau sedang dijalankan, beliau tidak menerima sebarang permintaan agar terus kekal memegang jawatan itu.
“Sudah pastinya Gabenor seterusnya perlu mempunyai latar belakang dan keupayaan berkaitan, terutamanya pada waktu seperti ini agar peralihan boleh diuruskan dengan baik.
“Individu boleh datang dan pergi,” katanya sambil menambah beliau merancang untuk berehat seketika dan kemudiannya mula menulis.
Zeti juga berkata beliau akan terus menyokong inisiatif pendidikan seperti Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam, Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus dan sekolah perniagaan baharu yang akan bermula tahun ini.
“Saya tidak akan memegang apa-apa jawatan sudah tentunya,” katanya.
Mengenai soalan sama ada ahli politik boleh menjadi Gabenor akan datang, Zeti berkata tidak ada ahli politik yang menganggotai lembaga pengarah mana-mana institusi kewangan, “apatah lagi bagi Bank Negara.
“Setiap negara memerlukan organisasi seperti bank pusat yang tidak mempunyai sebarang agenda politik. Ia harus kekal fokus memastikan kestabilan makroekonomi, kewangan dan ekonomi.
“Jadi dasar ekonomi dan kewangan akan ditumpukan untuk mencapai apa yang menjadi kepentingan terbaik negara,” katanya, sambil menambah BNM sentiasa dihormati dan beliau menjangkakan tanggapan ini akan berterusan.
“Saya percaya bank pusat telah menjadi satu organisasi yang kukuh. Ia mempunyai kekuatan institusi, daya tahan dan diasaskan kepada undang-undang yang sah.
“Akta Bank Pusat memberikan kuasa yang luas dan juga kebebasan. Dengan itu, kami bertanggungjawab bagi keseluruhan mandat seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Akta tersebut,” katanya.
Mengenai Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Zeti berkata, notis nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi kewangan bukan bank adalah bertujuan untuk memastikan institusi ini terus diurus dengan baik dan melaksanakan peranan tujuan penubuhannya dengan efektif.
“Kami mengeluarkan notis nasihat dari semasa ke semasa. Biasanya, notis-notis ini dikeluarkan sebelum berlaku masalah, jadi sekiranya terjadi masalah, ia boleh ditangani,” katanya.
Tabung Haji bukan satu-satunya institusi yang menerima notis nasihat daripada BNM kerana institusi lain turut dikeluarkan notis yang sama, katanya.
“Mereka tidak berada di bawah rangka kerja kawal selia dan rejim kawal selia kami tetapi apa yang berlaku dalam organisasi mereka mungkin akan membawa implikasi sistemik dan berkait dengan institusi kewangan lain,” katanya.
Mengenai ringgit, Zeti berkata, prestasi mata wang tempatan itu bergantung kepada perkembangan domestik dan antarabangsa.
“Kami akan mengeluarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat esok.
“Apa yang penting adalah ekonomi terus berkembang.
“Asas pendasar penting lain ialah kita mempunyai lebihan perdagangan, kita mempunyai lebihan akaun semasa dan rizab kita kukuh.
“Hutang luar kita juga berada pada paras yang sangat terkawal,” katanya sambil menambah semua ini merupakan faktor-faktor yang menyokong ringgit.
– Bernama

Tuesday, 16 February 2016

Liputan Bangla: Pandangan Intelek Irmohizam

Ekonomi negara dijangka akan meningkat tinggi sekiranya pekerja asing di negara ini dihantar pulang ke negara asal, kata Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Irmohizam Ibrahim.


Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Irmohizam berkata sekiranya pekerja asing dihantar pulang ke negara masing-masing, pergerakan ekonomi dijangka akan meningkat tinggi kesan daripada pengurangan pengaliran keluar wang dari Malaysia.
“Pengiriman wang keluar oleh pekerja asing pada 2013 menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion yang direkodkan pada 2012,” katanya.
Selain itu, Irmohizam berkata, rakyat tempatan juga disarankan agar mempunyai daya tahan dan kebolehan bekerja yang tinggi bagi mengurangkan kebergantungan serta persaingan dengan pekerja asing di negara ini.
Menurut beliau, majikan juga sewajarnya memberikan inisiatif tambahan selain gaji yang lebih baik daripada pekerja asing agar dapat menarik minat pekerja tempatan.
“Pekerjaan yang berisiko tinggi sukar untuk dijawat oleh pekerja tempatan melainkan majikan dapat memberi elaun khas seperti elaun perubatan dan perlindungan insurans,” katanya.
Dalam pada itu, Irmohizam yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor turut mengingatkan pekerja tempatan agar tidak  bersikap skeptikal terhadap sesuatu pekerjaan bagi menggelakkan majikan mengimport pekerja asing untuk memenuhi keperluan industri dalam bidang tersebut.
Ujar beliau, setiap pihak tidak sewajarnya membiasakan diri dengan membuat permintaan berlebihan pada permulaan bekerja memandangkan ia akan menggalakkan para majikan mengupah pekerja asing berikutan kemampuan mereka bekerja tanpa syarat yang khusus.
“Hakikatnya, jangan terus-menerus bersikap skeptikal terhadap sesuatu pekerjaan atau memandang rendah kepada sesuatu pekerjaan. Kerana akhirnya semua pekerjaan adalah punca  rezeki dan mampu mengubah hidup kita.

Ulasan K1NGMAKER: Blogger amat terharu dengan pandangan Intelek Datuk Irmohizam. Jika ada yang berkata BN semua pak angguk, Irmo telah buktikan yang anda salah. Syabas Datuk Irmohizam. 

Monday, 8 February 2016

Info PDRM: Ikut Arahan IGP. Buat Laporan, PDRM akan Bertindak

Apa jua yang disiarkan dalam sosial media, rakyat memperoleh hak untuk melaporkannya kepada pihak polis jika didapati menyinggung perasaan atau menyalahi undang-undang mahupun mempunyai unsur hasutan. 


Berdasarkan paparan blog Tun Mahathir, Polis akan hanya menyiasat tulisan blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya ada laporan polis dibuat terhadapnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Kalau ada laporan, kami akan jalankan siasatan.
"Dalam kes-kes tertentu kita tak perlukan laporan, tapi ni (kes Mahathir) kita tunggu laporan.
"Kalau ada yang tak puas hati buat la report. Nanti kita siasat (sama ada Mahathir) langgar undang-undang atau tidak," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar bersama antara polis dan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia.

KINGMAKER: Semua ada prosedur dan protocol. Kita tidak boleh mencanggah. Buat laporan polis dulu sebelum mengambil tindakan sendiri. PDRM akan membantu kita. 

Info PDRM: Gangsterism Harus Dipancung Dari Akar Umbi

“Gangsterism” di Sekolah dan  Faktor Pelajar Terjerumus

  • Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
  • Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").
  • Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.
  • Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga. 

 Langkah Pencegahan
  • Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah: pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat. 
  • Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat. 
  • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah. 
  • Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis. 
  • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka. 
  • Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan. 
  • Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain. 

Sunday, 7 February 2016

INFO PDRM:KESELAMATAN JALANRAYA SEMASA MUSIM PERAYAAN

KESELAMATAN JALANRAYA SEMASA MUSIM PERAYAAN

Sempena dengan musim perayaan yang akan tiba tidak berapa lama lagi, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit panduan keselamatan jalan raya yang boleh diambil perhatian oleh pengguna jalan raya kerana kita tahu apabila tibanya satu-satu musim perayaan di negara kita maka akan juga berlaku pertambahan mendadak bilangan kenderaan di jalan raya berbanding hari-hari biasa.
Keadaan ini akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan mengundang pelbagai kerenah dan sikap pemandu yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya.



1.         Pertama, Rancang Perjalanan Anda
Periksa kenderaan anda – pastikan tayar dalam keadaan baik. Pastikan tekanan angin sentiasa mencukupi termasuklah pada tayar ganti. Jangan sekali-kali kita gunakan tayar yang bunganya sudah haus atau pun botak. Selain tayar, brek dan lampu isyarat juga haruslah dipastikan berfungsi dengan baik. 
Keadaan mental dan fizikal sebagai pemandu – jika anda dalam keadaan letih, mengantuk atau pun dibawah pengaruh ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terutama sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Sekiranya tidak, eloklah ditangguhkan dahulu perjalanan anda.
Berhenti di setiap 2 jam perjalanan

2.         Kedua, Sentiasa Patuhi Had Laju Yang Telah Ditetapkan
Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
Lebuhraya : 110km/j- Jalan Persekutuan/Negeri : 90km/j diturunkan kepada 60km/j di kawasan bandar- Kawasan sekolah : 30km/j
Jangan memandu melebihi had laju dan perlahankan kenderaan sekiranya memandu di dalam cuaca hujan. Jika memandu dalam keadaan cuaca basah had laju kenderaan perlulah dikurangkan 50% kerana keadaan jalan yang licin melambatkan kereta untuk berhenti jika membrek dan jarak penglihatan juga terjejas. 
Untuk meningkatkan kebolehlihatan semasa memandu di dalam hujan, pasangkan lampu kenderaan dan bukannya lampu kecemasan.

3.         Ketiga, Patuhi Peraturan Keselamatan Semasa Menukar Lorong
Berikan isyarat dan periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. Sebaik-baiknya cermin sisi dilaraskan 90’ untuk mengecilkan titik buta agar kenderaan di sekitar dapat dilihat dengan lebih lama

4.         Keempat, Patuhi Peraturan Jalan Raya Di PersimpanganSentiasa patuhi peraturan jalan raya di persimpangan dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. Apabila lampu isyarat bertukar hijau pastikan keadaan laluan selamat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

5.         Kawal emosi anda di jalan raya.
Apakah emosi yang sering dikaitkan dengan pengguna jalan raya?
- tidak sabar, gelisah, cepat marah dan sebagainya.
Sebagai contoh, kesesakan lalulintas akan menyebabkan pengguna jalan raya berasa gelisah kerana keperluan untuk sampai ke destinasi dalam masa tertentu. Dan sekiranya mereka ini terperangkap di dalam kesesakan lalulintas dalam tempoh yang terlalu lama maka rasa marah pula akan timbul.
Contoh kedua, melihat kenderaan yang perlahan di hadapan, pengguna cenderung sama ada mampu mengawal diri atau tidak, dan kemudian menjangkakan sama ada mereka sempat memotong atau tidak kenderaan di hadapan.
Keadaan ini kemudian dihimpit pula oleh persepsi bahawa mereka kesuntukan masa dan perlu sampai ke destinasi dalam masa tertentu
Apa yang perlu dibuat? Sekiranya kita menafsirkan kesesakan lalu lintas sebagai satu masalah, maka tindakan kita akan terarah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sebab itulah, ada pengguna yang mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah tadi dengan memandu secara laju atau memotong barisan di lorong kecemasan.
Hakikatnya, ia mungkin satu kaedah penyelesaian masalah yang menimbulkan masalah yang lebih besar.Jadi adalah lebih baik jika kita lebih bersabar dan menerima hakikat bahawa apa yang kita lalui itu juga dihadapi oleh pengguna jalan raya yang lain.

7.         Pemakaian Tali Pinggang Keledar
Selain daripada itu, kami juga berharap supaya pengguna-pengguna jalan raya yang menaiki kereta tidak memandang ringan kepada pemakaian tali keledar depan dan belakang.
Pemakaian tali keledar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jika berlakunya kemalangan.
Perlu diingatkan bahawa apabila penumpang belakang tidak memakai tali keledar dan berlakunya perlanggaran pada kelajuan biasa 50 hingga 60km sejam sekali pun, penumpang belakang akan terhumban ke hadapan dengan kekuatan 40 kali daripada berat badannya.
Justeru itu, penumpang belakang yang tidak memakai tali keledar boleh menjadi punca kecederaan parah atau kematian pemandu atau penumpang di hadapan.
Ibu bapa pula pastikan anak-anak anda juga menggunakan tali keledar. Bagi anak-anak yang berumur bawah 12 tahun sediakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang.

8.         Pemakaian Jaket Keselamatan Untuk Penunggang dan Pembonceng Motosikal
Bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal pula, adalah dinasihatkan supaya anda sentiasa menggunakan jaket keselamatan yang berwarna cerah serta dilengkapi dengan bahan pemantul cahaya bagi menambahkan kebolehlihatan (visibility) anda kepada pengguna-pengguna lain di jalan raya terutama pada waktu malam.
Pakai topi keledar dan ikatlah dengan kemas bagi melindungi anda dari kecederaan di bahagian kepala. Jika penggunaan topi keledar dengan betul dapat dibudayakan sebagai amalan harian bagi setiap perjalanan oleh semua penunggang dan pembonceng motosikal pasti kes cedera parah dan maut bagi golongan yang paling terdedah kepada risiko kemalangan ini akan dapat dikurangkan.
 9.         Jangan Terburu-buru
Selain daripada itu, merancang perjalanan kita dengan baik adalah sangat penting. Cuba elakkan memandu di saat-saat akhir kerana ini akan menjurus kita untuk bersikap terburu-buru dan sekiranya wujud kesesakan lalu lintas maka kita akan lebih mudah untuk menjadi stress.
10.       Tanamkan Sifat Bersabar dan Berhemah. Terakhir, kita perlu tanamkan sifat penyabar dan berhemah ketika di jalan raya seperti memberi laluan kepada pengguna lain dan memandu mengikut peraturan jalan raya.

Sumber: Laman Web Rasmi PDRM

Friday, 5 February 2016

PM AKAN KEKALKAN SJKT! BUKTI PERASMIAN SJKT RM13Juta.


Majlis perasmian SJKT Paya besar Lunas oleh Perdana Menteri. Sambutan hebat untuk PM dan MB Kedah yg baru.