Ekonomi negara dijangka akan meningkat tinggi sekiranya pekerja asing di negara ini dihantar pulang ke negara asal, kata Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Irmohizam Ibrahim.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Irmohizam berkata sekiranya pekerja asing dihantar pulang ke negara masing-masing, pergerakan ekonomi dijangka akan meningkat tinggi kesan daripada pengurangan pengaliran keluar wang dari Malaysia.
“Pengiriman wang keluar oleh pekerja asing pada 2013 menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion yang direkodkan pada 2012,” katanya.
Selain itu, Irmohizam berkata, rakyat tempatan juga disarankan agar mempunyai daya tahan dan kebolehan bekerja yang tinggi bagi mengurangkan kebergantungan serta persaingan dengan pekerja asing di negara ini.
Menurut beliau, majikan juga sewajarnya memberikan inisiatif tambahan selain gaji yang lebih baik daripada pekerja asing agar dapat menarik minat pekerja tempatan.
“Pekerjaan yang berisiko tinggi sukar untuk dijawat oleh pekerja tempatan melainkan majikan dapat memberi elaun khas seperti elaun perubatan dan perlindungan insurans,” katanya.
Dalam pada itu, Irmohizam yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor turut mengingatkan pekerja tempatan agar tidak bersikap skeptikal terhadap sesuatu pekerjaan bagi menggelakkan majikan mengimport pekerja asing untuk memenuhi keperluan industri dalam bidang tersebut.
Ujar beliau, setiap pihak tidak sewajarnya membiasakan diri dengan membuat permintaan berlebihan pada permulaan bekerja memandangkan ia akan menggalakkan para majikan mengupah pekerja asing berikutan kemampuan mereka bekerja tanpa syarat yang khusus.
“Hakikatnya, jangan terus-menerus bersikap skeptikal terhadap sesuatu pekerjaan atau memandang rendah kepada sesuatu pekerjaan. Kerana akhirnya semua pekerjaan adalah punca rezeki dan mampu mengubah hidup kita.
Ulasan K1NGMAKER: Blogger amat terharu dengan pandangan Intelek Datuk Irmohizam. Jika ada yang berkata BN semua pak angguk, Irmo telah buktikan yang anda salah. Syabas Datuk Irmohizam.
Ulasan K1NGMAKER: Blogger amat terharu dengan pandangan Intelek Datuk Irmohizam. Jika ada yang berkata BN semua pak angguk, Irmo telah buktikan yang anda salah. Syabas Datuk Irmohizam.
No comments:
Post a Comment