Sunday, 3 March 2013

MESTI BACA!!! FAKTA COMPLETE LAHAD DATU!

gempur


1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.



2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.


Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.


Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6


The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:


A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7

(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)


ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.

The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:

Who is the one who gave it?8

(Siapa yang beri?)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.



8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.


Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:


Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013, http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim

2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita

3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site, http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm

4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/

5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013, http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov%E2%80%99t-to-assess-Sabah-claim&id=66237

6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah

7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand

8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation

9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sug, http://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu

10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.

11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.

12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.

13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.

14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf

15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” World Court Digest, 23 Oktober, 2001, http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm

Sudah Ada Bukti, Apa Lagi Tahan Sahaja!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.

"Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.

"Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas, guna senjata dan bunuh orang kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini hari ini.




Perdana Menteri mengulas laporan media asing bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan oleh kumpulan yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu.

Philippine Daily Inquirer menggunakan artikel agensi berita Reuters yang memetik seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata penceroboh terbabit datang atas “jemputan" seorang ahli politik pembangkang Malaysia.

Manila Times pula dilaporkan mendakwa bahawa pencerobohan secara mendadak itu adalah berkaitan dengan kempen pembangkang Malaysia untuk memberi autonomi kepada Sabah jika mereka menang.

Najib berkata Presiden Benigno S. Aquino III juga mengarahkan agensi perisikannya untuk menyiasat dan mencari kebenaran di sebalik insiden itu.

"Ia (dakwaan itu) perlu disokong dengan bukti. Gambar-gambar dan bukti berdasarkan keadaan. Kita perlu bukti kukuh untuk mengetahui siapa sebenarnya dalang di sebaliknya. Seperti yang saya sebut, mengapa semua ini (berlaku) secara tiba-tiba. Masanya begitu dekat dengan pilihan raya," katanya.

Katanya beliau merasakan kumpulan itu mempunyai perancangan besar untuk mengganggu gugat keamanan dan kestabilan di Sabah yang dikecapi selama ini.

Ditanya sama ada keadaan pada masa ini memerlukan satu pasukan petugas membabitkan pihak berkuasa Filipina dan Malaysia, Najib berkata" Kita perlu buat (kerja) secara berasingan, kita boleh selaras dan bertukar-tukar maklumat." - BERNAMA

Saturday, 2 March 2013

TERKINI!! Lahad Datu!!!

TERBARU-takat ini 5 anggota polis terkorban - 3 terbaru campur 2 diumum tadi semasa serang hendap di Kg Sri Jaya,Simimul,Semporna semalam-Agendanews

Sumber: House PK

EVERY MALAYSIAN INDIAN MUST WATCH THIS!!!! PLEASE SHARE!!!

Salam 1Malaysia,

Even after we see this video and we don't realize than please never ever call ourselves INDIANS and this will be the last we are talking about our INDIAN rights in Malaysia....Hope for once we Indians will use the brains too think......



MEMBARA!! Melayu DIHINA!!! Cina DAP kata Polis Anjing UMNO!!!

Salam 1Malaysia,

Seorang Cina DAP telah mengatakan padan muka Polis Anjing UMNO mati ditembak......

Dia dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tian Chua....beginikah cara DAP?

Apa akan berlaku dengan kaum bumiputera dan kaum India di Malaysia jika DAP menang pilihanraya???

Wahai sahabat - sahabat Melayu sejati...tak membara kah....tak rasa nak bagi penumbuk satu kat dia kah...?

Inikah yang dinamakan bumiputera???

Adakah kita nak dijajah komunis lagi???

Fikirkan lah saudara sekalian......

WE LOVE 1MALAYSIA!!!!


Landmark BatuLing Jadi Petaling...Apakah nasib BatuLing itu?

Salam 1Malaysia,

Blogger sengaja nak mainkan isu ni dalam blog walaupun isu nii telah di ungkit oleh Blogger terkenal kita Youth's Intellectual Mind saban hari....

Kuil Sivan di Jalan Gasing PJ merupakan satu Kuil yang sangat lama disana dan telah menjadi Landmark pada orang-orang tempatan disana....

Berapa ramai yang tahu nama Petaling dinamakan diatas nama BatuLing...BatuLing adalah nama Dewa Sivan di sana...setelah lama-lama nama tempat itu menjadi Petaling.....

Nampaknya tempat itu adalah tempat yang sangat bersejarah kan???

Dengar cerita Kuil Sivan itu yang sedang dibina dengan belanjakan Berjuta kini nak dirobohkan oleh Kerajaan Selangor?????

EXCLUSIVE | PJ SIVAN TEMPLE : THE TRUE INSIDE STORY OR THE STORY BEHIND THE SCENE


So far Pakatan Rakyat had demolished 7 temples since 2008..will this be th 8th? Lets wait and see




This Bukit Gasing historical temple was built by Indian workers who put up the first telecommunications tower on the 523ft high summit of Gasing Hill. It is one of the earliest temples built amidst the high hills overlooking Kuala Lumpur and PJ.

In the early 2000s, it was renovated to become a beautiful temple with many facilities for devotees. It is also the first temple to allocate a special meditation space for devotees, similar to ancient Lord Sivan temple built by Raja Raja Cholan in Tamil Nadu. Even Buddhist devotees and well as foreigners have meditated at Lord Shiva’s kingdom nested at top of the green hill. One can attain greatest peace by just stepping into this temple.

The present Pakatan Rakyat led MBPJ regime, well known for its corrupt practices, is claiming the temple structure is NOT SAFE for devotees. All of sudden, MBPJ is full of care for people who come to the temple.


Let us ask some questions to MBPJ to ascertain their true feeling
towards the Bukit Gasing Sivan Temple and its devotees.  
1)    With the latest technology available in civil engineering, many
high rise buildings all over the world which were originally found
"not safe", were later reinforced to be safe. This ranges from world
famous Leaning Tower of Pisa to high rise buildings in Malaysia such
as Komtar. If high rise
buildings can be reinforced, why can’t a small temple be? If a
40-storey building can be reinforced, why not a small temple? Has MBPJ
even tried? I dont think so.

2)    MBPJ has been claiming the temple structure is not safe from the
day Pakatan Rakyat took over Selangor state government. But Lord
Shivan is still safeguarding the mighty temple. Nothing has happened
to temple in last 5 years.

3)    Landslides have recently occurred around the temple due to
uncontrolled hill side developments approved by the very same MBPJ. Is
the Sivan Temple being turned into a sacrificial lamb for the hill
side developments (which has no doubt  made many of the MBPJ
councillors richer)

4)    Has an independent consulting engineer inspected the temple?

5)    What is the recommendation of the independent Ingénieur?

6)    Did they recommend the destruction of the building at all cost?
IS THERE NOT A SINGLE way to reinforce the structure?

7)    In India, hundred to thousand year old temple structures have
been reinforced and certified safe to hold thousands of devotees.
Did MBPJ consult any temple building experts?

8)    Now we that have proven MBPJ does not care about temples in Malaysia,
let us understand  WHY Pakatan Rakyat governed MBPJ is very much
against Indian temples, specifically Bukit Gasing Sivan Temple.

9)    Is MBPJ trying to vacate the temple to
- safe the temple?
- safe the hill?
- safeguard interest of Chinese bungalow owners surrounding the temple?
- kowtow to Chinese bungalow owners surrounding the temple are against
the temple from day one because of the so called "sound pollution"
from temple prayers. Many Chinese developers are hungry for the high
priced prime land where the temple currently sits.

10)  Will this Sivan temple land face similar
fate as the iCity land which
was previously allocated to Midlands Tamil school? The Tamil school
was chased to an industrial area whereas prime land was sold to a
developer for RM19million. The Tamil school got RM3 million. What
happened to the balance of RM16Million profit still remains as a big
question mark.
  

It is clearly shown that there are hidden hands behind the temple committee and MBPJ to clear Bukit Gasing of any Hindu Temples. Who is that???

K1NGMAKER: Apakan nasib Kuil ini? Adakah penganut hindu akan kehilangan satu lagi tempat beribadat di bawah kerajaan Selangor? Adakah wang berjuta-juta yang telah dibelanjakan sebelum ini adalah sia-sia sahaja???

WE LOVE 1MALAYSIA!

Biadap!!! Khalid Ibrahim Ketawakan jenazah Perwira!

Salam 1Malaysia

Gambar ini diambil semasa ketibaan anggota polis tang terkorban di Lahad Datu pagi tadi. Korang tengok la dikala semua sedih dia boleh ketawa!?


K1NGMAKER: Rakyat Selangor harus ajar si biadap ini masa pilihanraya nanti.....kurang ajar!!!!!!

WE LOVE 1MALAYSIA!

Friday, 1 March 2013

Kami Bencikan Nurul Izzah!!!!

Salam 1Malaysia,

Nurul Izzah yang menang pilihanraya 2008 di Lembah Pantai kini dibenci oleh rakyat disana.....

Persoalan yang paling kerap dilontarkan ialah, apa yang telah Nurul Izzah lakukan di Lembah Pantai sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen kawasan berkenaan?

Selanjutnya di HousePK

WE LOVE 1MALAYSIA


Thursday, 28 February 2013

PI Bala Dipenjarakan dulu?

Salam 1Maalaysia,



Blogger dapat info baru.....betulkah PI Bala dipecat dari PDRM? Rasuah?????


Dia juga pernah meringkuk dalam penjara pada tahun 90an kerana kes jenayah dan rasuah....?
Orang macam inikah kita mahu percaya..?


Tepuk Dada Tanya Selera


WE LOVE 1MALAYSIA!

Wednesday, 27 February 2013

Tembak!!! PSM Gunapakai Adegan Filem Tamil Jatuhkan S.K Devamany



Salam 1 Malaysia,

Kejadian tembakan bertubi-tubi di kediaman Bekas Ketua Pemuda MIC, Sungai Siput yang juga merupakan adik kepada Ketua MIC Sungai Siput Merangkap Penyelaras Parlimen Sungai Siput M. Ganesan yang dikenali Kenas telah mewujudkan banyak soalan kepada blogger.......
Ketua MIC Sungai Siput Merangkap Penyelaras 
Parlimen Sungai Siput, M Ganesan
- See more at: http://kinginwar.blogspot.com/#sthash.MdXvenzx.dpuf
Rumah Kediaman Bekas Ketua Pemuda MIC Sungai Siput, M Murugan Ditembak - See more at: http://kinginwar.blogspot.com/#sthash.MdXvenzx.dpuf
Rumah Kediaman Bekas Ketua Pemuda MIC Sungai Siput, M Murugan Ditembak - See more at: http://kinginwar.blogspot.com/#sthash.MdXvenzx.dpuf
Rumah Kediaman Bekas Ketua Pemuda MIC Sungai Siput, M Murugan Ditembak - See more at: http://kinginwar.blogspot.com/#sthash.MdXvenzx.dpuf


Dengar ura-ura itu merupakan angkara Dato S.K Devamany... tapi kita fikirlar logik sikit....S.K Devamany yang kononya akan bertanding disana tak kan lah nak buat macam ini....

Dengan jelasnya, nampak sangat ini merupakan kerja puak PSM yang sengaja hendak mengungkit isu menentang Devamany...

Seperti yang kita semua tahu, Devamany merupakan seorang pemimpin yang disegani ramai....Jadi puak PSM sudah tahu bahawa Devamany merupakan lawan yang paling hebat untuk mereka....

Beliau mampu memenangi hati rakyat disana sekaligus merampas kerusi yang MIC kalah PRU12 lalu...

Dengan melakukan begini, puak PSM sangka mereka boleh mencetuskan perbalahan antara M. Ganesan dan Devamany...MIC yang kini bersatu di Sg Siput akan berpecah dua dan PSM akan mengambil kesempatan ini dalam pilihanraya yang akan datang.

Mengikut jangkaan PSM, perbalahan ini akan membawa nama buruk dan melemahkan semangat Devamany...

Ketidaksanggupan untuk kalah pilihanraya ini menyebabkan Puak PSM bertindak bagaikan Pengganas!

Inikah kepimpinan yang dimahukan rakyat Sg Siput?

K1NGMAKER: Blogger nak ingatkan semua, ini Malaysia tahu, bukan India kah Hindustan dimana mahu ikut aksi-aksi dalam filem....kalau nak berpolitik biar dengan cara yang bersih dan jujur....

DO NOT PLAY DIRTY POLITICS HERE!

Wahai sahabat sekalian, fikir...fikir...fikir...

WE LOVE 1MALAYSIA!