Tuesday, 1 May 2018

WALKABOUT DATO LOGA BALA KE SG PENCHALA MENDEKATKAN PENGUNDI DENGAN BARISAN NASIONAL


#PRU14 - WALKABOUT CALON BN KE SG PENCHALA MENDEKATKAN PENGUNDI DENGAN BARISAN NASIONAL

Selepas dinamakan sebagai calon Parlimen P117 Segambut, Dato Loga Bala Mohan tidak berhenti membuat lawatan serta beramah mesra dengan pengundi dalam kawasan Parlimen tersebut.

Sg Penchala yang merupakan salah satu kawasan 'Kuat' BN antara lokasi 'Wajib' bagi Dato Loga Bala Mohan lawati. Oleh demikian satu sessi lawatan dan walkabout dilakukan beliau bersama jentera Sg Penchala bagi meninjau serta berkenalan dengan pengundi pengundi di situ.

Menghabiskan kira kira 2 jam di Sg Penchala, Dato Loga turut di bawa melihat persekitaran kawasan dan sempat melihat permasalahan setempat yang sering di landa banjir.

Inilah aspirasi Barisan Nasional yang menjadi inspirasi Dato Loga Bala untuk dibawakan kepada pengundi P117 Segambut.


#P117Segambut

#SegambutLoga

#SegambutKeluargaku

#SegambutmyFamily

#PRU14

#JomBN

#HebatkanNegaraku

#一起伟大Segambut

Bagan Datuk Menjadi Tarikan Pelancong Tidak Kira Musim Pilihanraya


28hb April 2018 | Seramai 29 orang Expatriates Professional dari 17 Negara melawat dan meninjau pembangunan dan kemajuan di Bagan Datuk. Sambil berjumpa (Meet and Greet) di Waterfront Bagan Datuk. Bagan Datuk Tourism Association (Badata) dan 2 orang Tour Buddy Siti Sabaniah dan Siti Sabariah menceritakan aktiviti rawatan tradisional kampung dan menjamu tetamu makan produk kerepek tempatan dari Sg Dulang. Turut Hadiri menerima tetamu ialah Tuan Uzaidi Udanis, Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (Mita) 

Delegasi Internations memuji usaha Dato Seri Ahmad Zahid menonjolkan produk Pelancongan Blue Tears dan Sky Mirror dan pada masa yang sama memberi peluang perniagaan kepada komuniti Fishing Village di Bagan Sungai Burung.

Semoga usaha Dato Seri untuk membangunkan Industri ini akan berjaya dan pihak Internations akan sedia membantu. Insyallah Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan beroleh kemenangan yang besar pada PRU kali ini.

#Azh #TourBuddy #BlueTearsBaganDatuk #TourBuddy #BaganDatukOri #AZH #MITA



Monday, 30 April 2018

9 Aku Janji Khas Realistik untuk Masyarakat India di Bagan Datuk 

Berpusing - pusing ikut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkempen banyak perkara menjadi tarikan blogger termasuk Aku Janji Beliau Khas untuk masyarakat India. 

Aku janji ini bukan semata - mata janji kosong malah merupakan aku janji yang realistik dan mampu ditunaikan.


1. Pengurusan Kematian Secara Percuma untuk orang yang kurang berkemampuan. 

2. Projek Perumahan Rakyat (PPR) 

3. Pemasangan dan Naiktaraf lampu jalan kawasan pedalaman yang diduduki masyarakat India 

4. Khidmat Tuisyen Percuma 

5. Isu Kewarganegaraan akan diselesaikan dengan segera 

6. Bantuan Kewangan untuk Perniagaan 

7. Bantuan Kesihatan 

8. Imbuhan RM 1, 000 untuk pelajar cemerlang 

9. Menaiktaraf jalan dikawasan terpencil dan estet 

Kami berharap masyarakat Bagan Datuk akan menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi calon Barisan Nasional di Bagan Datuk, Hutan Melintang dan Rungkup. 

Wednesday, 25 April 2018

"Saya Akan Bantu MIC Sampai Menang Di Sungkai" - Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa beliau akan tolong Kerusi MIC di Sungkai sehingga menang tengahari tadi dalam ucapannya di Kampung Sungai Dulang, Bagan Dato. 



Wednesday, 21 February 2018

RM200k Peruntukkan Khas Penyelengaraan Kecil SJKT Jalan Fletcher Sudah Jadi Habuk? GURU BESAR HARUS JAWAB!

21.02.2018

Didapati SJKT Jalan Fletcher telah menerima Peruntukan Khas Penyelengaraan Kecil sebanyak RM200k Oktober 2017 untuk penyelengaraan tetapi keadaan sekolah tersebut masih lagi dalam yang merunsingkan. 

Semua tandas sekolah tersebut berada didalam keadaan yang amat teruk sehingga pelajar dan anak murid menahan daripada membuang air kecil mahupun air besar Sehingga seorang cikgu telah menghidap jangkitan kencing kerana telah lama bertahan untuk mengelakkan dari pergi tandas yang teruk itu., Bukan itu sahaja terdapat beberapa kerosakan yang serious pada bangunan sekolah yang boleh membahayakan keselamatan pelajar masih belum dibaikpulih. 

Jom tengok Jalan Cerita.... 

Guru Besarnya menyatakan masalah tandas bermula dari Bulan Disember 2017. 

Peruntukan diberi pada Oktober 2017....Macam tak masuk akal? Guru Besar songlap duit ke...? Kalau tidak mengapa kerja baikpulih tidak dijalankan? 

Bila dikaji lebih mendalam, nampaknya Guru Besar tidak mempunyai hubungan baik dengan pihak PIBG. Ramai ibu bapa telah mendesak Guru Besar mengadakan mesyuarat PIBG untuk mencari penyelesaian masalah Tandas tetapi Guru Besar tidak mengadakan malah menuding jari ke PPD mengatakan PPD tidak membenarkan. 

Soalan saya, 

1. MANA PERGINYA PERUNTUKAN 200K? 

2. Mengapa baikpulih sekolah belum bermula walaupun dah masuk bulan Febuari 2018?

3. Mengapa mesyuarat PIBG tidak dipanggil lagi? 

4. Adakah Guru Besarnya mempunyai sebarang hajat yang tidak baik? 

5. Adakah Guru Besarnya berganding bahu dengan pihak yang tidak betanggungjawab untuk memburukkan kerajaan? 

Saya mempunyai bukti sekolah berada dalam keadaan teruk. Apakan Tindakan KPM? Apa alasan Guru Besar? 

Saya telah lampirkan gambar-gambar sebagai bukti. Harap tindakan segera akan diambil keatas Guru Besar.

Guru Besar seperti ini harus dilucutkan dari jawatannya jika didapati bersalah. 

Saya mengharap pihak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan secepat mungkin sebelum isu ini menjejaskan keselamatan para pelajar dan juga imej sekolah Tamil. 

Sekian. 

Lampiran






Monday, 12 December 2016

THE STAR PERLU MEMINTA MAAF KERANA 'TERSALAH' TULIS PERKATAAN ALMARHUM BAGI SULTAN YANG BELUM MANGKAT!!!



THE STAR- Akhbar milik MCA hari ini telah melakukan satu kesilapan besar.

Walaupun kesilapan tersebut sebenarnya terletak pada pihak Editorial, namun secara jelas menunjukkan ketidakprihatinan dan kurang cermat sebelum meluluskan sebarang artikel atau caption mahupun gambar bagi tujuan siaran, tidak sepatutnya berlaku dalam penerbitan media cetak.

Penarikan kembali edisi yang telah tercetak, tidak mungkin dapat dibuat. Namun yang pastinya, seperti budaya penerbitan Malaysia, walaupun kesannya telah berlaku, mudah dihapuskan dengan hanya permohonan maaf, akhbar berkenaan serta sidang editorialnya perlu melakukan sesuatu.



Mungkin bagi akhbar-akhbar luar negara, kita bolehlah faham kerana mereka bukannya rakyat Malaysia tetapi apabila akhbar yang sidang editorialnya, wartawannya bahkan sidang pengarangnya adalah rakyat Malaysia, kesilapan bodoh yang meletakkan perkataan 'Almarhum' bagi sultan yang belum pun mangkat, adalah sesuatu yang menunjukkan ketidakpekaan serta hilangnya pengetahuan daripada unit yang mengawal pengeluaran dan penerbitan akhbar berkenaan.

sumber: theflyingkick

Wednesday, 10 August 2016

Mahathir Klentong Masuk IJN Untuk Tutup Kontroversi Video "Keling"



Ini merupakan teknik untuk melepaskan diri daripada kontroversi yang diamalkan di India oleh ahli politik disana. Kemampuan Mahathir menulis dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat pada saat heboh dikatakan tenat sehingga di masukkan ke IJN, membuktikan dia masuk ke situ bukanlah sebab sakit mana pun tapi lebih kepada untuk bermain sentimen simpati.

Mahathir memang dah tua dan ada sejarah masalah jantung, kalau tak sebab sakit pun, dia memang ada jadual pemeriksaan rutin di IJN pada sebilangan masa pun. 

Ini bukan kali pertama, bahkan kalau dikaji semua masa yang Mahathir masuk ke IJN sebelum ini, mesti ada isu yang melingkarinya sebelum itu, dan pada masa ini, isu yang menghambat Mahathir ialah kenyataan bersifat perkaumannya seperti tersebar meluas baru-baru ini.

Berkenaan Mahathir mengatakan kaum India di negara kita sebagai Keling.

Penyebaran video itu dan soal Muhyiddin mendaftarkan parti Mahathir pada garis masa yang sama, Pribumi, amat tidak kena dan apa lagi yang balik baik kalau bukan meraih simpati rakyat Malaysia dengan bepura-pura dimasukkan ke dalam IJN konon sakit sangat.

Mahathir sendiri kalau mengikut keturunannya bukan Melayu tulen pun, ada juga darah belah belah 'keling' yang dia kutuk tu, lagi nak menghinakan orang India dengan perkataan yang tak sepatutnya tu.

Kebetulan pulak parti Mahathir juga menetapkan kalau orang India nak masuk kedalam partinya, hanya dengan menjadi ahli bersekutu - masuk boleh, pegang jawatan tak boleh, macam ahli kelas kedua jugaklah tu.

Oleh yang demikian jangan termakan sangatlah dengan helah Mahathir ni.

Sunday, 6 March 2016

Sukarelawan BN Pasir Panjang Berjiwa Rakyat


6 Mac 2016, sekitar jam 8.00 pagi, kelihatan lebih kurang 150 Sukarelawan BN Pasir Panjang membanjiri persekitaran Dewan Orang Ramai Pasir Panjang.

Kelihatan segak dengan t-shirt berwarna hitam bertemakan BN For Better Nation. Walaupun hari Ahad, tidak menjadi halangan bagi Sukarelawan BN turun padang dengan mood yang sangat ceria.


Kehadiran Yb Dato Seri Utama Tan Sri Dr Hj Mohd Isa Bin Dato Hj Abdul Samad memeriahkan lagi majlis tersebut.

Setelah tamat majlis perasmian dan menjamah nasi lemak dengan teh yang disediakan, tanpa melengahkan masa lagi para Sukarelawan BN mengangkut perkakas dan beredar ke lokasi gotong-royong masing-masing.


Perkara yang telah menarik perhatian blogger, Sukarelawan BN bekerjasama tanpa mengira kaum, agama, dan status.

Blogger amat kaum dengan komitmen yang dicurahkan oleh para sukarelawan kita.

Kumpulan diagihkan ke tiga lokasi yang berlainan. Kumpulan 1 ke Tokong Kwong Fu, kumpulan 2 ke Masjid Jamek Pasir Panjang, dan kumpulan 3 pula di Kuil Sri Subramniar.

Ketiga-tiga kumpulan ini telah melaksanakan tanggugjawab membersihkan rumah ibadat dengan begitu efisien sekali.

Tahniah dan syabas kepada penganjur dan juga sukarelawan BN.




Ulasan K1NGMAKER:
Sukarelewan BN Pasir Panjang telah membuktikan rakyat Malaysia harus menjalinkan hubungan silaturahim yang erat antara kaum dan mengabaikan pemikiran RASIS.
Disamping itu, jika bukan BN, siapa lagi yang mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat.
Fikirkan saudara saudari.....

Saturday, 5 March 2016

LIVE: PROGRAM SUKARELAWAN BN KEMBARA RUMAH IBADAT

TOKONG KWONG FU PASIR PANJANG, TELOK KEMANG





MASJID JAMEK PASIR PANJANG 





KUIL SRI SUBRAMANIYAR PASIR PANJANG





Kerjasama Sukarekawan BN Langsung Tidak Boleh Ditandingi  





Thursday, 3 March 2016

DERHAKA TUNM PADA RAKYAT MALAYSIA

Selama ini rakyat telah diderhaka oleh Tun Mahathir dengan kata-kata manis yang memberi harapan kepada warga Malaysia


Sebenarnya rakyat telah "dikeldaikan" olehnya. Kita imbas kembali bagaimana saudara Melayu kita diberi harapan yang bear.  Saudara India kita ditindas dan didiskriminasikan malah saudara Cina kita pula menerima projek berjuta-juta ringgit malah kini mereka lar yang memijak dan menengking dasar kerajaan yang sedia ada. Memaki dan menghina pemimpin negara.

Jika betul betul dikaji,  ini mereka angkara Tun M. Kini bila kedudukan politiknya tergugat, Tun M sedang cuma melakukan UTurn.

Blogger tidak perlu cerita hubungan TunM dan Anwar Ibrahim.  Tetapi gelagat mereka bagaikan sudah memang merancangkan sesuatu.

Pak Lah diusir, Najib diusir, esok tak tahu pula siapa mangsanya.

K1NGMAKER:
Jangan terpedaya dengan TunM. Beliau tidak akan terfikir untuk jual negara demi kepentingan sendiri.