Thursday, 20 September 2012

Penganut agama Hindu baik hati, TAK AKAN RASA TERHINA PUN!

Apakah kita akan bersatu padu seperti ini dalam menentang segala jenis penghinaan agama  tanpa mengira agama dan kaum ? Ini yang saya ingin tanya kepada semua sahabat kita.
Persoalan ini timbul apabila penulis diminta beberapa kawan facebook untuk memeriksa satu laman page facebook yang bernama Dr Zakir Naik dari Maharashtra, India menghina Dewa Vinayagar (Dewa Hindu) secara terang  terang di Facebook. Lihat print screennya :
Penyataan Dr Zakir Naik yang mencabar Penganut hindu untuk membuktikan Dewa Ganesha adalah Tuhan bari beliau akan makan “pemberiannya”
Bukan itu sahaja, beliau memuat naik satu lagi gambar di laman pagenya.
Satu lagi statement / penyataan yang menghina dewa dan tuhan penganut hindu

Penyataan yang dikeluarkan oleh Dr Zakir Naik ini adalah satu penghinaan kepada penganut hindu kerana Dewa Ganesha / Vinayagar terdapat di semua kuil di dunia malah dipuja terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang upacara sembayang dan penulis merasakan bahawa beliau salah fakta dan hanya menyemai perasaan “benci hinduism” dalam sanubari manusia.
Jadi apakah kita akan bersatu dalam menentang bersama dalam isu ini? Bolehkah parti komponen Barisan Nasional MIC berdemo dihadapan Kedutaan India membantah kenyataan Dr Zakir naik dan disertai oleh semua barisan komponen parti yang lain. Tidak dilupakan juga NGO Malaysia Hindu Sanggam yang sepatutnya memperjuangkan dan menjaga adat & hal Ehwal HINDU untuk turun bersama menentang akan penyataan Dr Zakir Naik ini.

 Jadi nak senyapkan diri dan lenyapkan isu????
Mana pergi penganut Hindu di Malaysia???? 

HALANG NAIK TURUN MALAYSIA!!!! 


1 comment: