Saya pasti ramai sudah balik kampung, dalam perjalanan dan yang lain tak sabar menunggu tibanya hari esok bagi menunaikan janji anda terhadap negara yang disayangi.
HARI MENGUNDI!
Pertama, kita hentikan sgala fitnah dan maki hamun yang dilemparkan antara satu sama lain sekarang jugak. Kita warga negara Malaysia mempunyai hak kita sebagai rakyat dan kita berada dalam negara demokratik untuk kita mengundi dengan bebas esok. Tak usah nak kutuk - kutuk dah.
BE PROFESSIONAL!
Kedua, tahukah anda procedure mengundi?
Ketiga, selepas mengundi tak perlu nak heboh - hebohkan siapa yang anda mengundi. Biarkan rahsia. Kita hanya telah menunaikan tanggungjawab kita sahaja. So tak perlu lar publisiti kan?
Keempat, paling penting...Kalau parti sokongan anda sudah kalah, jangan lar nak buat rusuhan macam beruk yer...Kita orang Malaysia nii, berpendidikan, mempunyai akal fikiran yang boleh berfikir secara rasional. Saya pasti kita boleh menilai perbuatan kita dan mampu menjaga dan mempertahankan keamanan dan keharmonian negara.
Jadi rakyat sekalian, pastikan anda share kepada kawan - kawan apa yang anda baca ini yer!
SELAMAT MENGUNDI!
WE LOVE 1MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment