Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar berkata pihaknya tidak akan berkrompromi dengan mana-mana individu
yang menganjur dan menyertai perhimpunan haram.
Beliau berkata tindakan tegas akan
diambil kepada mana-mana individu yang tidak mematuhi garis panduan yang
ditetapkan bagi menganjurkan sesuatu perhimpunan.
"Saya tidak mahu cakap apa yang akan
kami buat namun pihak kami tidak pernah membiarkan sebarang tindakan
yang melanggar undang-undang dilepaskan begitu sahaja," katanya kepada
pemberita selepas menyampaikan sumbangan mangsa banjir kontinjen
Terengganu di sini hari ini.
Beliau berkata jika didapati mereka
melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan, polis akan menyiasat dan
mengumpul bahan bukti untuk dikemukakan kepada pihak Peguam Negara.
Setakat ini, katanya, polis belum
menerima sebarang permohonan berhubung gerakan protes yang akan dianjur
pihak pembangkang pada 11 Mac sebagai membantah sabitan dan hukuman
terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas.
Ketika ditanya sama ada perkara itu akan
mencetuskan situasi panas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (Dun) Kajang yang akan berlangsung 23 Mac ini, Khalid berkata
pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kami sentiasa bersiap sedia untuk
menangani apa jua yang bakal berlaku di Dun Kajang dan kita akan
gerakkan keanggotaan yang mencukupi bagi mengawal keselamatan sepanjang
PRK itu berlangsung tidak lama lagi," katanya.
Tahniah Tan Sri KPN atas ketegasan Ybhg Tan Sri.You are the best Malaysian IGP ever.
ReplyDelete