Monday, 14 September 2015
Sunday, 13 September 2015
Masyarakat India Tiada Urusan Dalam Perhimpunan Baju Merah
Kuala Lumpur - Masyarakat india dinasihati supaya tidak melibatkan diri dalam penganjuran perhimpunan peserta berbaju merah yang dijadual berlangsung pada 16 September 2015.
Sunday, 6 September 2015
K1NGMAKER Percaya Dr Subramaniam Mampu Membawa Transfomasi!
Thursday, 3 September 2015
Tun M, Jangan Libatkan PDRM dalam Gimik Politik!
K1NGMAKER menyokong perjuangan PMSP dimana Tun Mahathir telah fitnah dan menghasut rakyat bahawa PDRM digunakan oleh PM untuk menakutkan rakyat!
Jika mengikut keadaan, PDRM harus melakukan laporan polis terhadap fitnah Tun M!
Kita tahu, pihak PDRM sangat mesra bersama rakyat sehingga polis boleh berselfie dan bernyanyi bersama rakyat!
Saya menyeru agar Tun M berhentikan segala fitnah dan hasutannya terhadap segala isu dan jangan melibatkan pihak polis dalam gimik politiknya.
BERKAS! Tindakan Mahathir Menghasut Rakyat!
4 sebab solid untuk berkas TUN Mahathir.
Pertamanya merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bertarikh 17/5/2015 di dalam artikel MT Malaysia Today (www.malaysia-today.net) bertajuk- Tun Mahathir Cadangkan Usul Undi Tak Percaya- terhadap Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak. Ekoran daripada itu, telah menimbulkan huru hara, perpecahan dan keraguan terhadap kesemua individu di dalam organisasi UMNO.
Kedua, merujuk kepada kenyataan yang di keluarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad melalui artikel di dalam Malaysiakini, bertarikh 1/9/2015 bertajuk - Mahathir: Hadir demo, jalan terakhir singkir Najib-, adalah disyaki membuat provokasi kepada masyarakat untuk melakukan sesuatu tindakan bagi tujuan untuk menggulingkan kerajaan tanpa mengikut prosiding dan peruntukkan undang-undang yang sedia ada.
Ketiga, Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam kenyataan media berbentuk rakaman video yang disebarkan melalui laman You Tube/ KiniTv bertarikh 30/8/2015, ketika beliau menghadiri perhimpunan BERSIH 4, telah menbuat tuduhan yang di syaki palsu dan berniat jahat terhadap Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak dengan kenyataan lisan seperti berikut,- Im aware that he (Najib) has bribed all the UMNO members of Parliament. He has bribed all the head of all he division of UMNO-. Kenyataan ini telah menimbulkan kebencian, rasa curiga dan ketidak percayaan rakyat terhadap Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak serta ahli-ahli UMNO khsusnya dan kepada kerajaan yang memerintah ( Barisan Nasianal ) amnya.
Keempat , Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan media berbentuk rakaman video yang disebarkan melalui You Tube/ KiniTv bertarikh 31/8/2015 bertajuk- Dr Mahathir Setuju Demo Jalanan Gulingkan Najib-, beliau telah mengeluarkan kenyataan lisan seperti berikut, - Najib tutup segala saluran untuk rakyat menyuarakan pendapat mereka, kalau buat laporan polis. Polis tak ambil peduli-. Kenyataan ini juga menimbulkan rasa benci rakyat terhadap pemerintah terutamanya kepada Perdana Menteri , Datuk Najib Razak. Ianya juga disyaki menjejaskan kredibiliti dan integrity Polis Diraja Malaysia di mata rakyat.
Tun Mahathir sudah lupa segala yang dilakukannya ketika Zaman Reformasi Anuar Ibrahim.
Jangan cuba dapatkan publisiti murahan wahai bekas perdana menteri ku!!!
Karma mengikuti Mu.....
Tuesday, 1 September 2015
PDRM didesak Lester untuk Siasat Penglibatan Tun Mahathir dalam Sarawak Report!
Lester berkata, Sarawak Report menerima Dana untuk menjatuhkan PM dalam isu 1MDB.
Dikatakan seorang staff yang bernama Amy White Field telah merakamkan perbualan Dr Mahathir dengan Sarawak Report tentang isu Barisan Nasional.
Lester mengesa PDRM untuk siasat kes ini untuk lebih lanjut.
Adakah rakaman perbualan dapat dicari?
Siapakah individu baru Amy ini dalam Sarawak Report?
Apakah kandungan email antara Lester dan Amy White Field?
Mana datang punca dana Sarawak Report untuk menjalankan operasi?
Jika bukan Tun Mahathir, jadi siapa pula VVIP tersebut?
Siapa yang menanggung gaji 7 orang di Pejabat Sarawak Report?