Saturday, 31 October 2015
LATIHAN EX-SENTOSA UNIT TINDAK KHAS (UTK) BUKIT AMAN.
Sesi latihan ini bertujuan untuk mempertajamkan kemahiran medan dalam taktik dan teknik Fighting In Building Area (FIBA) dalam kalangan pegawai dan anggota UTK.
Antara sesi dalam latihan tersebut adalah pendedahan mengenai penggunaan aset melibatkan Armoured Personnel Carrier (APC), Rapid Intervension Vehicle (RIV) dan aset yang lain.
Sunday, 11 October 2015
Ops Cantas Khas Jempol: Keberanian DSP Shan Gopal diTabik!
Ops Cantas Khas Jempol yang diketuai DSP Shan Gopal telah menangkap 23 lelaki India, 8 lelaki Cina, 1 lelaki Melayu dan 1 lelaki warganegara India yang disyaki terlibat dalam pelbagai kes.
Dalam operasi ini, pihak polis telah merampas sebilah pisay Rambo, sebatang chota boleh paras, sebatang besi dan motokar jenis Nissan.
Polis juga berjaya memberkas 8 orang dalam senarai 'Wanted Person' manakala 11 orang yang bertatoo dipercayai ahli kongsi gelap.
Operasi yang berlangsung dibawah naungan DSP Shan Gopal menaruh kepercayaan rakyat Jempol terhadap PDRM.
Ramai dikalangan rakyat Jempol telah meluahkan rasa puas hati kerana aktiviti kongsi gelap bakal dicantas oleh pihak polis.
Keberanian DSP Shan Gopal dipuji dan diharap Ops Cantas akan berterusan dengan berjaya sehingga 'Najis' ini dibersihkan sepenuhnya.
Sekian
Friday, 9 October 2015
Syabas! KTMB Lancar Perkhidmatan ETS Intercity
Kini rakyat boleh menikmati perjalanan yang selesa dan cepat dengan perkhidmatan baru KTM ETS Intercity dimana perjalanannya dari Gemas ke Padang Besar.
Perjalanan ETS tertakluk pada jadual tertentu. Pengguna boleh mendapatkan info dari laman web KTMB.
KTM secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan ETS berkuatkuasa pada 10/10/2015.
Harap rakyat dapat manfaat dengan perkhidmatan baru yang diperkenalkan KTMB.
Tahniah diucapkan kepada KTMB.
Keterangan Lanjut layari www.ktmb.com.my | www.ktmintercity.com.my