Tuesday, 8 May 2018

Saya lebih Pentingkan Sentuhan Rakyat daripada Ceramah Cacian - Loga Bala


Dalam temubual bersama Dato Loga Bala

Mengapa Dato kurang berceramah berbanding dengan pihak pembangkang? 

"Saya memang pergi berceramah disekitar kawasan Segambut namun saya lebih pentingkan Sentuhan Rakyat daripada ceramah cacian seperti  mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang."

Apakah perasaan Dato bila diberi peluang bertanding di Parlimen Segambut?

"Sebelum ini saya telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah dan saya amat berterima kasih kepada pihak atasan kerana mempercayai saya dan memberi saya satu parlimen untuk saya jaga dan berkhidmat sepenuhnya disini. "

Adakah masyarakat Segambut menerima Dato di kawasan mereka? 

"Saya tidak boleh menafikan, masyarakat Segambut menerima ketibaan saya dengan hati yang terbuka tanpa mengira kaum. Mereka berkata saya umpama nafas baru di Segambut. "

Apakah pesanan Dato kepada rakyat segambut? 

"Mengundi merupakan pilihan sendiri. walaubagaimanapun pastikan anda undi dengan betul. Saya tamatkan sesi ini dengan pantun, 

Barisan Nasional Pakatan Harapan 

Ke hulu ke hilir bawa bendera

Pembangkang memang tak ada harapan 

Tutup mata undi BN sahaja. 

Monday, 7 May 2018

Hannah Yeoh Sebar Agama Kristian Ketika Berkempen PRU?

Fanatik Cina Kristian bukan sahaja menghina Islam, agama dan budaya orang lain tetapi mereka juga sanggup menghina Bangsa Cina sendiri.

Pemimpin-pemimpin DAP Evangelis Fanatik Kristian dan tindakan mereka menghina Islam adalah seperti berikut:

Nga Kor Ming Hina Hari Raya dalam bulan yang mulia Hari Raya tahun 2016. Tujuan Nga Kor Ming bersifat populis. Menggunakan bendera US dan karikatur menghina “duit raya” ( dalam cina dipanggil angpau) sebagai Dedak dan rasuah! NGO melaporkan kepada polis dan akhirnya IGP menegaskan Kor Ming disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.

Tindakan Kor Ming merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam dan ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat di sebuah negara majmuk. Seperti biasa Nga Kor Ming menafikan infografik sambil mengecam cybertroper. Taktik lama yang biasa dia lakukan.

Anda tentu masih ingat perkataan kontroversi Anthony Loke Siew Fook MP Rasah yang berkata “Cilaka Melayu”!. Malah beliau mengulanginya di PRK Sg Besar (Sekinchan kawasan Cina). Pemimpin Supreme DAP Evangelistas Lim Kit Siang antara tokoh tidak kurang rasisnya. Lim Kit Siang hina raya korban sebagai “barbaric”.

Paling panas bila Kit Siang menghina khutbah jumaat sehingga memperlekehkan ayat Al Quran Surah Al Baqarah ayat 120 sebagai tidak menggalakkan perpaduan. Mengulas tanpa memahami Al Quran. Lim Kit Siang turut mempersoalkan “Kafir Harbi”. Kafir Harbikah DAP? Ia peperangan mulut DAP dengan Mufti Pahang. Mufti Pahang mempertahankan hujahnya.

Penceramah DAP paling rasis Hew Kuan Yew ( Superman) dalam kempen PRN Sarawak menyebut “Melayu Skrew Melayu”. DAP Evangelis menggunakan calon Melayu untuk Skrew Melayu. Pengakuan terang-terangan bahawa Cina DAP Evangelis selama ini meletakkan calon Melayu hanyalah untuk memperalatkannya sahaja.

DAP Evangelista bukan sahaja menghina Islam atau Melayu malah sanggup menghina bangsa cinanya sendiri. Lihat sahaja Tony Phua dan Teo Nie Ching MP Kulai menerbitkan video Tahun Baru Cina 2016 yang menghina Dewa cinanya selain bangsa Arab.

DAP Evangelis mereka sanggup melakukan apa sahaja. Lim Guan Eng, Teo Nie Ching dan Hannah Yeoh mereka sanggup masuk masjid, berbuka puasa, berceramah diruang solat, memakai baju Melayu, tudung, songkok malah apa sahaja yang boleh menawan orang Melayu sebagaimana Lee Kuan Yew PAP di Singapura.

Sunday, 6 May 2018

Dipetik dari Hati Gulam, KP UMNO Parlimen Batu



Salam Politik Khidmat Bakti kpd seluruh Warga Batu yg kami hormati, disini saya bentangkan politik khidmat bakti saya sepanjang 5 tahun yang lepas sejak 2013. Saya tidak pernah lari dari tanggungjawab sebagai seorang pemimpin bagi sebuah badan parti (BN-UMNO) walaupun bukan Ahli Parlimen yg dipilih. 

Sejak 5 tahun khidmat bakti yang saya curahkan, hampir setiap hari, setiap ceruk, rumah, flat, ppr/pa, kampung dan sebagainya yang berkaitan dan melibatkan aduan, masalah, kebajikan dan kesejahteraan kehidupan rakyat akan pasti saya bantu tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik dan tanpa saya lelah dan mengeluh. Alhamdullilah saya dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh 5 tahun walaupun dalam sepanjang tempoh itu saya telah disahkan menghidap "bell palsy" akibat tekanan kerja dan melakukan pembedahan lutut akibat kerosakan ligamen tetapi saya masih berkhidmat walaupun dalam keadaan yang kurang sihat tetapi demi rakyat Batu saya gagahkan juga.

Setiap hari dan Setiap Rabu adalah hari khas saya berjumpa rakyat di Restoran Firdause dengan tagline "saya pemimpin rakyat" tanpa sebarang protokol, setiap pesanan, panggilan telefon, perjumpaan tidak pernah saya abaikan walaupun kekadang melibatkan waktu2 privasi saya bersama keluarga kerana saya faham rakyat lebih memerlukan khidmat bakti saya dari keluarga saya sendiri. Malah saya sendiri telah mengambil keputusan berhenti sebagai Pengurus Kanan di sebuah bank untuk menabur lebih banyak masa untuk rakyat Batu walaupun saya tahu risiko itu dan keluarga saya tidak bersetuju dengan tindakan saya. Tetapi demi rakyat Batu saya korbankan pekerjaan saya yang telah menjanjikan gaji yang sudah lumayan ketika itu.

Oleh itu, saya merayu kepada rakyat Parlimen terutamanya yang pernah saya bantu dan santuni agar membantu saya untu memberi undi kepada calon BN sokongan dan pilihan saya iaitu Dr Dominique Lau (Calon No 2) di Parlimen Batu kerana saya percaya jika beliau menjadi Ahli Parlimen ianya akan lebih berkesan dan memudahkan urusan politik khidmat bakti saya kepada warga Batu kerana kami mempunyai agenda politik yang sama. 

Saya mohon bantu dan merayu jangan matikan langkah dan usaha politik khidmat bakti saya kerana saya amat mengasihi warga Batu dan ingin terus berkhidmat.

Sekian dan selamat mengundi pada 9hb Mei 2018.

In Sha Allah orang yang ikhlas berkhidmat akan sentiasa dibantu oleh ALLAH SWT.

Ikhlas,

Hj Gulam Muszaffar Gulam Mustakim

Ketua Pemuda UMNO Bhgn Batu WP

#jomBN

#undilahBNP115

#politikkhidmatbakti

Saturday, 5 May 2018

Belum Tentu Menang Jadi Wakil Rakyat, Loga Bala sudah mula kerja Di Segambut.

Agak lain Dato Dr Loga Bala ini. Pembangkang berkempen. Macam Hannah Yeoh, jalan - jalan cari makan tapi Dato Loga Bala nak kerja selesaikan masalah rakyat walaupun belum tentu menang. Ini merupakan pemimpin yang ikhlas membantu. Wahai masyarakat Segambut, pilih lar Dato Dr Loga Bala Mohan. Calon dinamik! 


Susulan hujan lebat tempoh hari di kawasan persekitaran Segambut,  kawasan perumahan Taman Desa Seri Hartamas mengalami masalah pokok tumbang, longkang tersumbat, kerosakan utiliti awam dan beberapa masalah yang lain. 

Beliau segera turun bersama Pengerusi dan AJK Persatuan Penduduk taman tersebut meluangkan masa lebih sejam meninjau keadaan di sana. Maklumbalas yang diterima akan dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan untuk kerja-kerja pembersihan dan pemulihan dalam masa terdekat.

Ini lah Wakil Rakyat yang kita nak! 

#P117Segambut

#SegambutLoga

#SegambutKeluargaku

#SegambutmyFamily

#PRU14

#JomBN

#HebatkanNegaraku

"Saravanan Hero Kita!"

Betapa mesranya masyarakat Asli bersama calon P072, Datuk Seri M. Saravanan. Beliau telah berkhidmat selama 2 penggal dan masyarakat Asli berjanji akan memberikan mandat kepada beliau sekali lagi dan juga seterusnya. 

Sokongan padu mereka menunjukan bahawa Datuk Seri M. Saravanan telah melaksanakan tugas dan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen Tapah dengan penuh dedikasi dan ikhlas. 




Apabila ditanya, mereka berkata,

"Saravanan Hero Kita!"

Thursday, 3 May 2018

IMAGE: Hannah Yeoh ikut BN Turun Berkempen untuk Loga Bala?


Apabila Dato Loga Bala Turun Ziarah Keadaan Ribut Hannah Yeoh pergi makan-makan

Dalam kejadian ribut di Ibukota petang semalam, banyak tempat telah terlibat dengan kejadian pokok tumbang.  Pusat mengundi di P117 Segambut juga tidak terlepas dari terkena tempias ribut semalam.




Dato Loga Bala Mohan calon Parlimen BN Segambut meluangkan kira kira 45 minit bagi melawat serta melihat kerosakan yang telah menimpa SK Sri Hartamas yang merupakan pusat mengundi bagi Pru14 Segambut. Dato Loga berusaha memanggil kontraktor swasta bagi membaikpulih keadaan persekitaran pusat mengundi bagi keselesaan pengundi kelak.

Sementara itu, Hannah Yeoh yang merupakan calon Segambut bagi pihak PKR pulak kesini kemari sambil makan-makan dan berpesta. 

Biasa lar nak pancing undi sahaja dia tu.




Tuesday, 1 May 2018

WALKABOUT DATO LOGA BALA KE SG PENCHALA MENDEKATKAN PENGUNDI DENGAN BARISAN NASIONAL


#PRU14 - WALKABOUT CALON BN KE SG PENCHALA MENDEKATKAN PENGUNDI DENGAN BARISAN NASIONAL

Selepas dinamakan sebagai calon Parlimen P117 Segambut, Dato Loga Bala Mohan tidak berhenti membuat lawatan serta beramah mesra dengan pengundi dalam kawasan Parlimen tersebut.

Sg Penchala yang merupakan salah satu kawasan 'Kuat' BN antara lokasi 'Wajib' bagi Dato Loga Bala Mohan lawati. Oleh demikian satu sessi lawatan dan walkabout dilakukan beliau bersama jentera Sg Penchala bagi meninjau serta berkenalan dengan pengundi pengundi di situ.

Menghabiskan kira kira 2 jam di Sg Penchala, Dato Loga turut di bawa melihat persekitaran kawasan dan sempat melihat permasalahan setempat yang sering di landa banjir.

Inilah aspirasi Barisan Nasional yang menjadi inspirasi Dato Loga Bala untuk dibawakan kepada pengundi P117 Segambut.


#P117Segambut

#SegambutLoga

#SegambutKeluargaku

#SegambutmyFamily

#PRU14

#JomBN

#HebatkanNegaraku

#一起伟大Segambut

Bagan Datuk Menjadi Tarikan Pelancong Tidak Kira Musim Pilihanraya


28hb April 2018 | Seramai 29 orang Expatriates Professional dari 17 Negara melawat dan meninjau pembangunan dan kemajuan di Bagan Datuk. Sambil berjumpa (Meet and Greet) di Waterfront Bagan Datuk. Bagan Datuk Tourism Association (Badata) dan 2 orang Tour Buddy Siti Sabaniah dan Siti Sabariah menceritakan aktiviti rawatan tradisional kampung dan menjamu tetamu makan produk kerepek tempatan dari Sg Dulang. Turut Hadiri menerima tetamu ialah Tuan Uzaidi Udanis, Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (Mita) 

Delegasi Internations memuji usaha Dato Seri Ahmad Zahid menonjolkan produk Pelancongan Blue Tears dan Sky Mirror dan pada masa yang sama memberi peluang perniagaan kepada komuniti Fishing Village di Bagan Sungai Burung.

Semoga usaha Dato Seri untuk membangunkan Industri ini akan berjaya dan pihak Internations akan sedia membantu. Insyallah Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan beroleh kemenangan yang besar pada PRU kali ini.

#Azh #TourBuddy #BlueTearsBaganDatuk #TourBuddy #BaganDatukOri #AZH #MITA