Wednesday, 6 March 2013

SEGERA!!! HARAMKAN PAKATAN RAKYAT!

Salam 1Malaysia,


Blogger petik artikel ini dari House PK...bukti yang kukuh dan sahih....kami para blogger membantu kalian dari mendekati api neraka....
SABAH NAK HILANG KATA ANWAR! BUKTI BERGAMBAR LAGI ANWAR ADA LINK DENGAN PENGGANAS SULU!
Nur Misuari mengunjungi Jamalul Kiram III dirumahnya di Bandar Taguig, Manila untuk memberi sokongan kepada Jamalul Kiram III menghantar askar-askarnya menceroboh Sabah.
Sumber gambar : inquirer.net

Siapakah orang yang mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari beberapa bulan lepas ?
Apa yang mereka bincangkan ?



K1NGMAKER: wahai manusia yang mempunyai akal fikiran yang dikurniakan Tuhan...gunakanlah dengan was-was....tengok lar video ini...kalau masih tak faham, maksudnya iman dalam diri mu kurang....kalian sedang bersubahat dengan si anwar menjana dosa...jangan tunggu sehingga anda ditimpa bala...HARAMKAN PAKATAN RAKYAT....



"Kami Percayakan Pasukan Keselamatan Malaysia!"-Datuk S.Murugessan

Salam 1Malaysia,

Berikut merupakan mesej dari Setiausaha Jeneral MIC, 


MIC menyokong operasi Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi mempertahankan kedaulatan Malaysia terhadap Tentera DiRaja Kesultanan Sulu.

Kami dengan serius mengutuk pencerobohan bersenjata Sulu di Lahad Datu, Kampung Tanduo, Semporna dan Kunak yang telah menyebabkan situasi yang tidak diingini dan rasa takut di kalangan penduduk kampung yang telah menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti harian mereka.

Kami benar-benar percaya bahawa Pasukan Keselamatan Malaysia akan mempertahankan kedaulatan negara kita dan memastikan keselamatan rakyat kita di Sabah.

Kami ingin merakamkan ucapan takziah yang mendalam kami kepada keluarga anggota polis yang terkorban ketika pertempuran. Mereka akan sentiasa kekal sebagai wira dalam hati kita.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia, untuk mengetepikan segala perbezaan dan bersatu untuk menyokong Pasukan Keselamatan Malaysia kami untuk melaksanakan misi mereka untuk menghalau musuh bersenjata.


Datuk Murugesan
Setiausaha Jeneral MIC 

WE LOVE 1MALAYSIA!

Tuesday, 5 March 2013

Kalau Hang Laki Sejati, Saman Media Antarabangsa Dulu!

Salam 1Malaysia,


"U Ulang Lagi, I Saman U
Sikit sikit saman, sikit sikit saman dan itulah Anwar Ibrahim yang cukup terkenal dengan saman menyaman ini. Semalam beliau menyaman akhbar utusan dan Tv3 kerana dikatakan telah menfitnah beliau dalam isu pencerobohan di Sabah.

Pelik kerana yang melaporkan Anwar Ibrahim dalang pencerobohan adalah media Antarabangsa namun yang disaman Anwar Ibrahim adalah Utusan Malaysia dan TV3. Kenapa tidak saman akhbar Antarabangsa?
Baca selanjutnya di PapaGomo

K1NGMAKER: wahai anwar ibrahim....kami dah tahu taktik saman you....jangan nak kelentong rakyat Malaysia lagi...kalau hang lelaki sejati yang tak pernah usik laki lain, pi saman media Antarabangsa dulu ler.....buat malu je......!

WE LOVE 1MALAYSIA!

LATEST!LAHAD DATU

LAHAD DATU 6 Mac - Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini. 

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal. 

Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo. 

Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka. 

Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang. 

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan.. 

Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai. -
BERNAMA

BANDINGKAN!!! DS Rosmah Nangis Terkenang Nasib Balu Komando VAT69, Apa reaksi WAN AZIZAH???

Salam 1Malaysia,


Perasaan sebak dan hiba di hati isteri pemimpin nombor satu negara tidak dapat dibendung lagi setiap kali mengenangkan nasib balu serta anak-anak anggota polis Komando VAT 69 yang maut dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu.

Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Di Pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) tidak dapat menahan perasaan sedih apabila melihat anak-anak mangsa yang masih kecil dan tidak memahami pengorbanan yang telah bapa mereka lakukan.

Apakah reaksi Wan Azizah????

 Ada tak kita dengar sebarang berita dari Wan Azizah tentang isu Lahad Datu ini?????

Atau sebarang kenyataan simpati dari dia????

Langsung Tak da.......

K1NGMAKER: Ini lah dia sikap Wan Azizah yang puak puak pembangkang agongkan.....esok kalau keluarga mu ditimpa malang jangna harap si Anwar atau Si Wan Azizah akan datang jenguk mu.... yang akan dikatakannya, Hamba ku ini lah nasib mu......!

Berita selanjutnya di Perak Today............

Monday, 4 March 2013

Manila: Bakar Bendera Malaysia!

Salam 1Malaysia,

Di Manila - Polis Anti Rusuhan mengepung Kedutaan Malaysia Disana yang di Jangka akan diserbu penunjuk perasaan yang sedang menuju ke Kedutaan Malaysia bagi membantah tindakan Malaysia Menyerang Kedudukan Pemberontak Sulu Pagi Tadi.

Bendera Kita dan Gambar Najib Razak Dibakar Di hadapan kedutaan Malaysia Di Filipina.

Dorang yang serang kita, bunuh polis kita, dorang pulak nak yang tak puas hati ! Dasar kurang ajar !

WE LOVE 1MALAYSIA!

Update Lahad Datu!

Salam 1Malaysia,
Terkini Dari Lahad Datu : 11.30 Operasi udara telah dihentikan, Pasukan darat pula ambil alih serangan, doakan pejuang pejuang kita!

Setakat ini kematian penceroboh belum disahkan lagi dan tiada kematian dari pihak kita.

WE LOVE 1MALAYSIA!

Anwar Bergegas Ke Manila...

Salam 1Malaysia,

Maklumat terbaru yang diterima...

Anwar Ibrahim bergegas ke Manila selepas mengugut akan menyaman mana-mana wartawan yang bertanya tentang pembabitannya dengan LANUN SULU.

Difahamkan Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Misuari bagi membolehkan dia tampil sebagai hero yang menghentikan serangan lanun-lanun Sulu.

Semuanya berlaku setelah rahsia kejahatan Anwar didedahkan kepada umum. Anwar kelihatan sangat resah dan ketakutan apabila Najib telah mengarahkan agar siasatan berhubung dakwaan Anwar jadi dalang, dibuat.

Apatah lagi ketua lanun Sulu, Jamalul Kiram III secara terbuka mengakui telah menjemput askar Amerika masuk campur.

Pihak berkuasa Malaysia pada masa yang sama, sedang meningkatkan penguatkuasaan menerusi kombinasi tentera dan polis bagi menghapuskan saki-baki lanun Sulu yang telah menceroboh dan membunuh anggota-anggota keseamatan serta orang awam.


sumber: The Flying Kick

WE LOVE 1MALAYSIA!