Saturday, 9 February 2013

Muhyiddin Seru Rakyat Pelihara Tradisi, Jangan Benarkan Api Perkauman Tercetus

Rakyat Malaysia diseru untuk memelihara tradisi yang menjadi kunci kekuatan selama ini dengan tidak membenarkan mana-mana pihak mencetuskan api perkauman yang pastinya akan meruntuhkan keharmonian yang telah terbina sejak sekian lama.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tanpa persefahaman dan kesepakatan antara kaum, keceriaan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat dan negara kini tidak akan menjadi kenyataan.
“Mudah-mudahan kedatangan Tahun Ular akan membawa limpahan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat Cina dan juga seluruh rakyat di negara kita. “Marilah kita kekalkan perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara kita demi menjamin masa depan yang lebih maju dan makmur,” katanya dalam perutusan sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut masyarakat Cina esok.
Sambil mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia keturunan Tionghoa, Muhyiddin berkata perayaan Tahun Baharu Cina menjadi satu lagi bukti betapa rakyat mempunyai kebebasan untuk meraikan perayaan masing-masing dalam suasana yang meriah dan harmoni.
Beliau berkata tidak ada sekatan, jauh sekali larangan kepada kaum-kaum di negara ini termasuk kaum Tionghoa untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing dan seterusnya meraikannya secara besar-besaran. “Saya percaya toleransi kaum yang menjadi teras kepada keamanan Malaysia sejak dahulu lagi akan dapat dikekalkan jika sikap saling faham memahami, hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain terus menjadi amalan.
“Sebagai kaum kedua terbesar di negara ini, perayaan Tahun Baharu Cina menjadi lebih menyerlah dengan adanya penyertaan kaum-kaum lain yang turut memeriahkan kedatangan Tahun Ular,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri juga berharap agar negara terus dilimpahi dengan nikmat kemakmuran dan keharmonian dengan adanya rakyat yang bersatu hati.
-BERNAMA

Friday, 8 February 2013

Ramesh Rao, Calon Baru MIC?? (Part 1)

Setelah berbincang dengan member saya tentang latar belakang, tengok video dan baca wawancara beliau, tertanya pada diri saya kan bagus kalau Ramesh Roa dijadikan calon MIC untuk PRU13?

JOM kenal Ramesh Rao.....

Siapa Ramesh Rao?

Ramesh Rao dari Hutan Melintang ahli MIC biasa dan pandai berbahasa Cina...Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris beliau pun tak kurang handal....

Apa yang special dengan beliau?

Beliau merupakan seorang yang rasional dalam pemikiran beliau...

“Kita kena minta… kita kena tanya… kita kena selidik… ketuk pintu jumpa pihak-pihak yang boleh membantu, kemudian baru kita boleh dapat… kita tidak boleh tunggu, duduk dalam rumah sampai bantuan atau keperluan yang lain sampai sendiri… itu memang tidak akan berlaku."

“Pakatan Rakyat kata kaum India dipinggirkan…kalau kaum India dipinggirkan dan dizalimi mana mungkin kaum India boleh bina kuil… mana mungkin kita ada sekolah-sekolah Tamil"

Apakah pandangan beliau terhadap Pembangkang?

“Pakatan Rakyat kata kaum India dipinggirkan…kalau kaum India dipinggirkan dan dizalimi mana mungkin kaum India boleh bina kuil… mana mungkin kita ada sekolah-sekolah Tamil.


“Empat tahun pemerintahan apa kelebihan kaum India dapat di negeri-negeri PR… kita lihat di Selangor, exco kaum India ada satu sahaja itu pun cakap Tamil tak berapa betul… macam mana dia nak bela kaum India."
“Di Kedah pula, sebelum ini kepiminan PR negeri ada mengatakan bahawa akan bagi cuti umum kepada kaum India untuk meraikan Thaipusam kalau menang pilihanraya lepas… tetapi sampai sekarang tidak tertunai… jadi inikah yang dikatakan mereka membela kaum India."

“Kalau di Pulau Pinang, exco-exco kaum India yang ada semuanya seperti tak ada gigi… tak ada kuasa nak bercakap… itupun mereka cakap nak bela masyarakat kaum India.

Apakah ulasan beliau terhadap isu-isu kontroversi?

“Orang yang tak dapat kad pengenalan ini, saya nak terangkan yang pertama mereka tidak dapat buktikan tempat kelahiran mereka… biasanya golongan yang dinafikan untuk mendapat kad pengenalan ini kebanyakannya sama ada ibu atau bapa dia adalah warga Bangladesh atau dia lahir dari perkahwinan yang tidak halal…lahir dari hasil perkahwinan yang tidak berdaftar… jadi macam mana nak dapat kad pengenalan."

“Isu roboh kuil selalunya isu yang paling mudah digunakan pembangkang untuk menaikkan kemarahan kaum India… kerajaan tidak pernah merobohkan kuil yang telah diberi atau diwasiat atau diberi kelulusan… perkara itu tidak pernah berlaku.
“Kerajaan cuma robohkan kuil-kuil Hindu yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah orang lain jadi bila tak minta kebenaran kemudian pemilik tuntut tanah itu semula… kenapa nak salahkan tuan punya salah atau kerajaan pula… kuil itu dibina secara haram di atas tanah orang lain dan sepatutnya kita kena fahamlah perkara ni… kenapa kita nak tuntut sesuatu yang salah.
“Saya rasa peruntukan yang kerajaan bagi untuk pembinaan kuil di negara ini adalah yang terbanyak… jadi kenapa kaum India nak pertikai lagi… apa lagi yang kita mahu,”
*****

MIC perlukan calon sebegini kerana beliau boleh berhujah dengan berani dan berfakta...Pemimpin begini dapat membela kaum India dan mempertahankan parti dari dipijak anasir lain...MIC harus mengambil keputusan yang agak drastik dalam pemilihan calon jika parti ini ingin merangkul kemenangan dalam piihanraya yang akan datang....

Bukan sahaja Ramesh Rao malah ramai lagi pemimpin yang muda, berkaliber dan berjiwa rakyat harus diberi peluang. Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel harus memilih calon yang boleh berbakti pada rakyat dan parti tanpa mempertimbangkan senioriti...


Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel


Senarai calon MIC asyik ditolak PM dan baru-baru ini pun PM telah menolaknya sekali lagi...
Sudah tiba masanya Presiden MIC mengenalkan muka-muka baru dan mengubah nasib MIC dan mengelakkan daripada MIC ditadbir dengan cara yang "tradisional".

Sekian.

Sumber: Perak Today, House PK





LAWAK!!! NIK AZIZ: PSY BUKAN PEREMPUAN??



Korea Megastar Psy boleh menjadi terkenal di seluruh dunia, tetapi pemimpin PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah silap dia bagi pelaku wanita, menggesa beliau untuk menutup aurat (bahagian badan tidak dibenarkan untuk dilihat mengikut Islam).

Menurut Sin Chew Daily, Nik Aziz membuat kenyataan bahawa apabila pemberita memintanya mengulas mengenai hakikat bahawa Barisan Nasional (BN) telah menjemput Psy untuk rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Feb.

Mendengar Psy bahawa adalah seorang penyanyi Korea, Nik Aziz berkata wanita artis mesti tutup aurat apabila mereka melaksanakan.

Jika tidak ia akan mempunyai pengaruh yang negatif terhadap belia kata beliau.

Apabila ia telah menunjukkan bahawa Psy sebenarnya seorang lelaki, Nik Aziz kemudian melahirkan kebimbangan terhadap kandungan lagu-lagu beliau, menyatakan bahawa ia adalah penting untuk memastikan bahawa lagu-lagu yang sesuai untuk belia.

Apabila diberitahu bahawa psy menyanyi dalam bahasa Korea, Nik Aziz berkata beliau tertanya-tanya mengapa orang mahu mendengar orang menyanyi lagu dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Beliau juga berkata ia adalah mewah untuk penganjur menjemput psy apabila wang sebaliknya boleh digunakan untuk mempromosikan artis-artis tempatan.

"Tidakkah kita mempunyai banyak penyanyi tempatan? Mengapa tidak kita mengupah belia tempatan? Ia adalah satu pembaziran wang untuk mengupah penyanyi asing. Lebih baik untuk menghabiskan wang pada belia kita? "Tanya beliau.


Sunday, 3 February 2013

AWAS!! Hudud + Bakar Bible = Hancur Kristian!!!



 Apa kata Nik Aziz:


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan pembangkang iaitu DAP.

Sumber: sinar harian

Apa kata Ibrahim Ali:



Ketua Perkasa Ibrahim Ali mahu membuat unggun api versi Melayu Alkitab yang menggunakan perkataan "Allah" dan ditulis dalam Jawi. Tetapi Alkitab adalah Alkitab, sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu atau Jawi. Ia masih sebuah buku suci dan untuk membuang ia ke dalam api adalah satu perbuatan pencabulan. Beliau menggalakkan tindakan yang mungkin membawa kepada akibat buruk. Dia telah lupa bahawa Malaysia adalah tanah yang dikongsi oleh banyak kaum dan kepercayaan.

Sumber: freemalaysiatoday

Pihak pembangkang PAS laksanakan hudud, pihak pembangkang DAP pula tidak setuju, PKR tak mahu masuk campur, NGO Perkasa nak bakar bible....

Bagaimana nasib penganut Kristian dinegara kita...? Siapa yang boleh diharapkan... ?



Apa kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak:


Dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian, kita mesti sensitif dan menghormati bangsa masing-masing dan menjaga sensitiviti agama sama ada melalui perkataan atau tindakan kita.

Sumber: peraktoday

Paham paham lar yer kawan kawan....buat lar pilihan yang bijak untuk mempertahankan agama anda demi masa depan anak anak anda....

Friday, 1 February 2013

Kuil "Bawani" ????



Blogger tak percaya bila dengar ura-ura pembinaan patung batu sebesar Dewa Murugan di batu caves sehingga terjumpa gambar ini dalam facebook di share oleh kawan blogger.....


Macam ini pun boleh kah??? 

Dengar cakap orang gambar diatas saje dibuat oleh BN untuk jatuhkan nama adik Bawani tetapi selepas blogger terbaca blog Shizone baru lar blogger tau ini sengaja dilakukan oleh oleh puak Pakatan Haram... Kesihan adik Bawani telah dijadikan Kuda Tunggangan Pakatan Haram ini...

DSC06805 copy


Ini dia gambar yang blogger jumpa baru-baru ini sempena Thaipusam....

Sempena Thaipusam???? 

Jom baca cerita lanjut di Blog Shizone

Kita tunggu Tahun Baru Cina pulak...hehe....

Alamak!!!! Hidung @cmlimguaneng Memanjang Sebab Fitnah Palsu!!




Begini lah jadinya jika kita tipu, fitnah dan sebarkan maklumat palsu...Hidung Pinocchio...CM Lim Guan Eng dan rakan-rakan penipunya telah memesong isu pembinaan Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani

"Kerajaan negeri pakatan pembangkang itu tanpa segan dan malu mengakui kononnya mereka yang membina Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani, sedangkan projek itu sebenarnya hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu dengan kos sebanyak RM1.9 juta," 

Untuk berita lanjut sila klik DISINI 

HANSEM CM KITA DENGAN HIDUNG MCM INI KAN????

Tuesday, 22 January 2013

Ungkapan Anwar "Hari ini menang, Esok turun harga minyak"

Mari kawan-kawan kita buat satu perbandingan pengiraan yang sangat mudah...yang gagal Maths pun boleh paham tau.....

Pada tahun 1995, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Menteri kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, berapa harga petrol kita dan jom bandingkan dengan harga petrol di US.

KITA SUKA BANDING DENGAN NEGARA LAINKAN....SO LET'S SEE

Tahun 1995 - RM 1.10 per litre  /   USD  45.00 per barrel

Tahun 2012 - RM 1.90 per litre  /   USD 100.00 per barrel

Okay, harga petrol mahal dulu ke sekarang kawan-kawan???

Ini pengiraan yang paling simple je...

Soalannya, mengapa Anwar tak dapat turun harga minyak pada ketika itu?

Jika nak katakan ini merupakan keputusan PM Tun Dr Mahathir Mohammad yang kini digelar sebagai mamak kutty, jadi Anwar Ibrahim telah bersubahat dengan beliau untuk kepentingan sendiri?

                                                          ALAMAK KANTOI LAGI

                           Nak percayakan Anwar lagi ke??
                          Selalu tuduh dan fitnah orang lain.
                          Oh my Dear Masyarakat sekalian, 
                              tolonglah sedar sedar sedar!!!!

Monday, 17 December 2012

AMBIGA AGEN BN?

 
Selalu terfikir mengapa Datuk Ambiga memberi tekanan maksimum ke atas pihak SPR, akhirnya terbongkar juga motif beliau.

Datuk Ambiga menyarankan SPR supaya reformasi harus dibuat dalam PRU13 ini bagi mengelakkan penipuan. 

Penipuan dari pihak siapa????

Tindakan agresif beliau sebenarnya memberi amaran kepada SPR bahawa penipuan telah berlaku dalam pilihan raya lepas dimana pihak pembangkang telah berjaya merampas lima negeri dari pegangan BN.

Bagaimana pihak pembangkang boleh menang lima negeri? Mari kita lihat logiknya.......

1. Jika BN yang membuat penipuan dalam PRU, bagaimana boleh terlepas 5 negeri? Semestinya BN tidak terlepas negeri-negeri in ke tangan pembangkang.

2. Selangor dan Pulau Pinang merupakan hub penjanaan ekonomi, kalau BN menipu tak mungkin dua negeri ini terlepaskan kan kan???

3. BN menipu di PRU? Mengapa BN tak boleh merampas Kelantan selama 20 tahun?

FIKIRKAN........

Nampak sangat penipuan telah dibuat oleh pihak pembangkang. 

Datuk Ambiga juga telah mengatakan bahawa PRU13 akan menjadi PRU yang paling kotor.

Beliau berkata BERSIH akan pantau proses pilihan raya dengan melantik beribu-ribu orang ramai menjadi pemerhati.

Walaupun usaha BERSIH menjadi beban sekarang tetapi pastinya akan memberi keputusan yang positif kepada BN kerana pihak pembangkang tidak dapat memanipulasikan undi dalam PRU13.

Blogger pasti segala usaha Datuk Ambiga akan memnberi impak yang positif sekaligus menumbangkan parti pembangkang.





Thursday, 1 November 2012

Anwar Naik Angin Ditemplak Isu Kronisme & Judi

 



KUALA LUMPUR 31 Okt. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘naik angin’ apabila disoal mengapa beliau selaku penasihat ekonomi, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat penjana elektrik bebas (IPP) jika benar pembangkang tidak bersekongkol syarikat judi.

Sedangkan sebelum itu beliau begitu galak menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan budaya kronisme selain turut menyokong syarikat judi apabila menganugerahkan kontrak kepada anak syarikat Genting yang terlibat dengan industri IPP, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (Genting Sanyen).
Bagaimanapun apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) bangkit mempersoal jika benar Anwar menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah.

“Dalam kes Genting Sanyen ini, Yang Berhormat penasihat ekonomi, Bukankah PKNS ada saham berjumlah 25 peratus dalam Genting Sanyen. Dakwa kroni dan sebagainya tetapi pembangkang sendiri bersubahat dengan syarikat judi tersebut. Benar perjanjian ini dibuat semasa kerajaan negeri dulu tapi kenapa tidak jual sahaja saham.
“Kerajaan Negeri Selangor di bawah parti Yang Berhormat (Parti Keadilan Rakyat) sudah empat tahun memerintah tetapi tiada sebarang usaha untuk berbuat sesuatu termasuk menjual saham itu jika benar menolak syarikat judi. Kenapa tidak berbuat apa-apa? Bagi saya ini contoh yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pembangkang ini.

“Cakap pasal IPP tetapi menjadi pemilik dan berkongsi saham dengan syarikat judi, kalau benar menentang kenapa bersubahat dengan syarikat judi, kenapa penasihat ekonomi negeri tidak menasihat Menteri Besar supaya mengambil tindakan melupuskan saham tersebut,” katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat hari ini.

Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN mula mempersoal sehingga beliau kemudian meletakkan beban itu kepada pengurusan PKNS.

“Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar ada usaha penjualan tetapi kemudian syarikat memberi nasihat tidak harus dijual tetapi soalnya sekarang ini isu apa? ” kata Anwar sambil cuba mengalih persoalan yang dibangkit Khairy.

Melihat Anwar terperangkap dengan persoalan itu, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) tampil membantu dengan memberi alasan, penjualan saham PKNS dalam syarikat Genting Sanyen itu tidak dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri PKR Selangor enggan menjual kepada kroni.

“Takkan kita nak jual pada kroni. Buat benda buruk tidak akan menjadi baik. Kalau nak jual kita akan jual kepada syarikat milik kerajaan (GLC), kalau biarkan kroni, kita melanggar prinsip kita,” katanya tetapi apabila Khairy meminta agar didedah bukti jika benar ada usaha tersebut, Khalid sekadar menjawab ini ruang perbahasan beliau.

Dalam pada itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang turut mengambil bahagian pada sesi perbahasan selepas itu berkata, beliau tidak berminat untuk ambil peduli mengenai dakwaan Anwar terutama dalam isu kronisme dan rasuah kerana dakwanya semasa menjawat Menteri Kewangan, ketua pembangkang itu sendiri didakwa mengaut sejumlah RM3 bilion.

“Ini bukan dakwaan semata-mata tetapi diakui sendiri dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid. Siapa pengerusi syarikat IOI sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan jika bukan bapanya?

“Ini contoh cakap tidak serupa bikin dan pada saya apa yang Anwar cakap itu semua busuk. Kita kena nilai seseorang yang nak bercakap dalam aspek kroni dan rasuah adakah memiliki ketelusan tetapi kementerian tetap perlu menjelaskan perkara ini kerana jika tidak pembangkang akan memutar belit demi kepentingan politik mereka,” katanya – Utusan

Wednesday, 31 October 2012

Anwar Ibrahim Bersama Calon Barunya!

 












Tu dia calon baru Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Fuhh genggaman ketat..

apa dia??? calon untuk apa??? faham faham je lar...
Anwar cari calon untuk apa lagi???